Tiga 'Inspirer' nadi utama AF2013 |
Tiga 'Inspirer' nadi utama AF2013
SETELAH pengumuman program realiti Akademi Fantasia (AF) bakal kembali, pasti ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan ianya berlangsung.
Tambahan pula kembalinya AF kali ini bakal memberi kelainan dengan format yang berbeza dan elemen kejutan yang mungkin bakal menjadi tarikan buat penonton di rumah.
Menariknya, program AF yang bakal bersiaran September depan di saluran Astro Ria ini turut menampilkan nama besar seperti Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslow sebagai barisan tenaga pengajar atau dikenali sebagai ‘Inspirer’.
Selain itu, AF 2013 kali ini juga bakal menyaksikan seorang bekas pengajar, Shafizawati Sharif atau Cikgu Shafi sebagai guru vokal, dan 3 pengajar baru iaitu Alam Wakaka, dan Suhaili sebagai Koreografi dan pelakon, Fiz Fairuz sebagai guru seni persembahan.
Menurut Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pelbagai perancangan dan aktiviti telah dirangka bagi memastikan AF 2013 ini dipenuhi dengan pengisian yang lebih segar.
"Berdasarkan pengalaman luas kami menerbitkan program-program berkonsepkan realiti, soal pemilihan barisan tenaga pengajar adalah antara proses yang tidak boleh dipandang remeh kerana impaknya amat mendalam.
"Melihat kepada pengalaman dan pencapaian dalam bidang masing-masing kami percaya ilmu tersebut memberi manfaat dan juga bukan sahaja dapat dikongsikan bersama pelajar tetapi turut dikongsi bersama penonton di rumah," katanya.
Tambahnya lagi, pihak Astro amat mengalu-alukan kedatangan kesemua tenaga pengajar keluarga AF kali ini untuk sama-sama berkongsi kepakaran dan menyumbang kepada kejayaan pada musim ini.
"Mereka umpama nadi utama untuk mendidik serta memberi khidmat bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar supaya mereka benar-benar bersedia untuk menjadi pelapis hiburan tanah air sekali gus memberikan saingan
kepada penghibur yang telah sedia ada," ujarnya.
\
Siti Nurhaliza - Foto Sinar Harian oleh FAISOL MUSTAFA |
Siti curah 18 tahun pengalaman
18 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian bukanlah satu masa yang singkat malah banyak pengalaman yang dimiliki penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.
Menurut Siti, berdasarkan pengalaman itu jugalah, dia akan gunakan untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dalam program tersebut.
"Memang tanggungjawab yang diberikan agak berat, namun bila difikirkan semula kenapa tidak saya kongsikan kepada mereka yang benar-benar mahu menjadi seorang artis yang berjaya.
"Biarpun AF2013 ini adalah satu tempah masa yang singkat untuk peserta belajar dari input yang diberikan oleh 3 'Inpirer', tapi bagi saya mereka amat bertuah kerana berpeluang berkongsi pengalaman seperti ini," katanya.
Melly Goeslow - Foto Sinar Harian oleh FAISOL MUSTAFA |
Melly: Lahir bintang bukan klon
Tertarik dengan kerjasama antara tiga 'Inspirer' yang berlainan latar belakang adalah antara faktor penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow ini bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AF2013 kali ini.
Menurutnya, dengan kerjasama seperti itu, dia yakin pelajar yang akan dilahirkan menerusi program itu bakal menjadi seorang bintang yang memiliki karakter yang tersendiri.
"Ke tiga-tiga kami memiliki karakter yang berbeza, dan dengan pengalaman yang berbeza ini saya yakin pelajar dapat gunakannya dengan sebaik mungkin untuk menjadi bintang yang memiliki keperibadian yang tersendiri.
"Selaras dengan tujuan utama program ini dijalankan, kami mahu lahirkan bintang yang berbakat yang memiliki karakter tersendiri bukannya klon daripada mana-mana penyanyi ataupun tenaga pengajar sendiri," jelasnya.
Faizal Tahir - Foto Sinar Harian oleh FAISOL MUSTAFA |
Faizal Tahir optimis
Diganding bersama dua 'Inpirer' yang bukan calang-calang, penyanyi Faizal Tahir tidak memikirkan ianya sebagai satu cabaran malah menganggap perkara itu sebagai kombinasi yang baik untuk melahirkan bintang yang berbakat.
Katanya, kehadirannya dalam keluarga AF2013 kali ini adalah untuk memastikan setiap pelajar yang terpilih menghargai kedudukan mereka dalam program itu.
"Bagi saya gandingan 3 'Inpirer' bukanlah satu cabaran bagi saya dan apa yang penting adalah input kami yang akan dikongsikan kepada pelajar kerana berdasarkan itulah mereka akan teruskan perjuangan untuk menjadi
seorang bintang.
"Siapa yang sanggup dan berjaya mengharungi setiap cabaran dalam program ini, dialah akan bergelar bintang dan apa yang boleh saya katakan untuk mendapatkan gelaran itu bukanlah sesuatu yang mudah," ujarnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.