Pekin Mula Buat Persiapan Kahwin Island Wedding!

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Pekin, Mula, Buat, Persiapan, Kahwin, Island Wedding
Pekin Ibrahim dan Uqasha Sensrose

Pekin Mula Buat Persiapan Kahwin Island Wedding!


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Pelakon Pekin Ibrahim akui bakal menikahi kekasihnya, Uqasha Sensrose dalam tempoh tidak lebih setahun selepas tarikh dia merisik dramatis itu dilakukan pada 6 Julai lalu.

Malah, Pekin memberitahu dia kini sudah mula membuat persiapan kahwin dan dalam perancangan untuk mengadakan perkahwinan bertemakan taman atau pun pulau.

"Kalau boleh, esok saya nak kahwin dengan dia. Namun mengikut perjanjian merisik hari itu, kami akan akad nikah paling lama setahun dan Insya Allah tidak lebih dari jangka masa itu. Namun kedua-dua belah pihak belum tetapkan tarikh untuk kami bernikah.

"Kalau boleh, saya tak mahu buat majlis tunang secara besar-besaran. Cukuplah dengan mengadakan majlis merisik pada Julai lalu. Kami ada pun majlis tunang, ia akan dilakukan pada waktu pagi, diikuti dengan majlis perkahwinan pada sebelah petang.

"Sekarang ni, kami sudah mula buat persiapan kahwin apa yang patut. Mengenai tema perkahwinan saya sedang fikirkan sama ada nak buat Garden Wedding atau Island Wedding kerana kami sama-sama suka dengan tema tersebut," katanya kepada murai.com.my ketika majlis tayangan media filem Paku Pontianak di TGV Sunway Pyramid, kelmarin.

Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu. Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar luas di internet beberapa bulan lepas.

Sementara itu, Uqasha yang ditemui yang turut membintangi filem Paku Pontianak memberitahu keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu.

"Bagi saya, dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah. Malah, dia juga rapat dengan keluarga saya," jelasnya.

Pasangan ini bakal muncul dalam filem terbitan Metrowealth (MIG) Paku Pontianak yang akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 22 Ogos ini. Filem yang diarahkan oleh Ismail Bob Hashim itu turut dibintangi Adiba Yunos, Along Eyzendy dan Hidayah Samsudin.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers