Teater Mek Mulung angkat tradisi Kedah

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Teater, Mek Mulung, angkat, tradisi, Kedah
Salah satu babak dalam Putera Cahaya Bulan. - Foto ihsan produksi

Teater Mek Mulung angkat tradisi Kedah


JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan mengadakan pementasan teater Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan di Auditorium Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan, pada 7 dan 8 September ini.

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Teater, Mek Mulung, angkat, tradisi, Kedah


Ia bersempena dengan pelaksanaan Program Panggung Seni Tradisional 2013 iaitu lanjutan daripada Program Pementasan Siri Teater Tradisional yang dijalankan sejak 2007.

Program tersebut bertujuan untuk memartabatkan warisan seni persembahan tradisional rakyat yang autentik dan klasik.

Mek Mulung merupakan sebuah teater tradisional Melayu yagn berasal dari Kedah.

Pementasan ini mempunyai adunan kesenian yang telah digabungkan menjadi sebuah persembahan yang terdiri daripada lakonan, nyanyian, tarian dan muzik.

Mek Mulung‘Putera Cahaya Bulan’ mengisahkan tentang Putera Cahaya Bulan Raja Negeri Selindungan Bulan mempunyai firasat bahawa Permasurinya, Puteri Nang Mara bakal dilarikan raja yang memerintah Benua Pakkian, Raja Gergasi.

Putera Cahaya menitahkan agar rakyatnya berjaga selama tujuh hari tujuh malam bagi menggagalkan niat Raja Gergasi.

Saksikan kisah Putera Cahaya Bulan melalui pementasan teater Mek Mulung yang dipentaskan oleh Kumpulan Seri Mahawangsa JKKN Kedah.

Comments

  1. pernah menonton teater nie dua kali!! best sangat dan sangat menykai teater tradisional mcm nie berbanding teater moden yg entah ape2..boleh tengok review teater tu di blog sy http://www.sararose.my/2013/03/kembara-mek-mulung-putera-cahaya-bulan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohw pegi nonton errkk? tak ajak is pun? hmm best kan teater Melayu? kalau ada rezeki is nak pegi gak tengok.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers