Vokalis Exist, Ezad Lazim Bakal Bergelar Bapa

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Vokalis, Exist, Ezad Lazim, Bakal, Bergelar, Bapa
Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana Ramli

Vokalis Exist, Ezad Lazim Bakal Bergelar Bapa


KUALA LUMPUR, 22 OGOS 2013: Aturan keluarga untuk menjodohkan Ezad Lazim yang pernah menganggotai kumpulan Exists dengan Nor Azeana Ramli ternyata menjadi apabila mereka telah pun bergelar suami isteri yang sah pada 29 Mac lalu.

Malah, isterinya yang juga berusia 34 tahun itu kini sudah hamil empat bulan menandakan Ezad bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

"Seperti tak percaya apabila Aidilfitri tahun ini disambut bersama isteri. Memang tak sangka saya akhirnya akan bertemu jodoh. Selepas putus tunang, saya seperti malas nak fikir mengenai teman wanita dan isteri.

Bagaimanapun keluarga mengatur segala-galanya dan sudah jodoh saya untuk berkahwin dengan Zeana," kata Ezad.

Nampaknya, lebaran kali ini memberi seribu makna kepada Ezad kerana dapat menyambut hari raya bersama isteri tercinta namun Ezad memilih untuk beraya secara sederhana bagi membuat persediaan kepada anak yang bakal lahir nanti.

"Kami perlu lebih utamakan anak kami. Persiapan Aidilfitri beberapa hari lalu hanya sederhana kerana kami lebih menyimpan wang untuk kegunaan anak. Alhamdulillah, saya masih lagi menerima tawaran untuk menyanyi. Boleh dikatakan rezeki saya untuk keluarga tetap ada," kata Ezad yang berasal dari negeri yang sama dengan Zeana iaitu Kedah.

Ezad yang pernah muncul dalam filem seperti "Mami Jarum" dan "Mistik" mengaku dia perlu bekerja keras untuk keluarganya dan berhasrat mahu mempromosikan single terbarunya yang berjudul "Karena Kamu" tidak lama lagi.

Sewaktu ditanya mengenai hubungannya dengan anggota kumpulan Exists yang lain, Ezad menyatakan dia sudah lama tidak berhubung dengan mereka tetapi percaya mereka perlu duduk berbincang mengenai hasil karya Exists satu hari nanti.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers