Masih ada yang sayang
TRADISI kunjung mengunjungi dan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri terus menjadi amalan masyarakat Malaysia. Bagi meneruskan amalan ini, program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) juga tidak ketinggalan mengadakan majlis rumah terbuka bagi meraikan hari lebaran tahun ini.
Kemeriahan rumah terbuka ini diserikan dengan kehadiran personaliti WHI dan artis veteran seperti Datin Rosnani Jamil, Norlia Ghani dan artis-artis lain seperti Raja Noorbaizura, Zarina Zainuddin, Fauzi Al Qadri (Pelakon Spa Q1 & Spa Q2), Shiha Mentor. Apa yang lebih menarik, rumah terbuka ini turut meraikan 40 orang warga emas dari Rumah Seri Kenanga Cheras. Menerusi rumah terbuka ini, ia mampu membuatkan mereka yang bersendirian tanpa insan tersayang turut diraikan.
Seperti kebiasaan, episod rumah terbuka ini yang bersiaran dari PNB Darby Park, Kuala Lumpur akan membincangkan topik istimewa, Masih Ada Yang Sayang turut memaparkan beberapa segmen menarik khusus kepada penonton setia program ini.
Tetamu yang hadir dihidangkan dengan persembahan istimewa dari Kumpulan Tijani Usaid dengan persembahan Ghazal dan Caklempong.
Menurut Penerbit Eksekutif, Siti Hatija Yusof, seperti tahun-tahun sebelumnya, WHI tampil dengan tema Masih Ada yang Sayang bagi meraikan lebaran bersama warga emas dari Rumah Seri Kenanga Cheras.
Jangan lupa saksikan Wanita Hari Ini (WHI) setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tengah hari hingga 1 petang di TV3.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.