Se7enth Musafir juang lagu ketuhanan

Se7enth Musafir juang lagu ketuhanan
Se7enth Musafir

Se7enth Musafir juang lagu ketuhanan


LAMBAKAN bakat-bakat baru tidak menghalang Se7enth Musafir untuk meneruskan perjuangan mereka dalam irama muzik akustik.

Yakin muzik itu tersebut mampu punya pengikut tersendiri, grup yang dianggotai tujuh pemuda dari kumpulan Se7enth Musafir popular dengan lagu Jom Ke Masjid tidak melepaskan peluang untuk menjejakkan kaki dalam bidang seni.

Ditubuhkan sejak setahun lalu, band yang dianggotai Sofian, Zack, Atan, Emal, Remy, Lan Cina dan Malek ini, memperjuangkan lagu berkonsepkan ketuhanan dengan menggunakan muzik tradisional.

Berbekalkan pengalaman yang ada, kumpulan ini mampu mengorak langkah untuk lebih jauh dalam menceburi seni hiburan tanah air.

Berkonsepkan dakwah jalanan yang lebih kepada ketuhanan, Se7enth Musafir menganggap bidang ini adalah sebagai salah satu medium dakwah dengan mengetengahkan lagu-lagu Ketuhanan, nasihat dan zikir yang disampaikan secara santai kepada golongan masyarakat.

"Halusinasi, yang membawa konsep dakwah, namun ia bukanlah penghalang untuk Se7enth meneruskan perjuangan seni hiburan.

"Mungkin ada segelintir pihak menganggap Se7enth Musafir adalah kumpulan nasyid, tapi tidak walaupun dari segi lagu kami lebih kepada konsep ketuhanan tapi dari muzik kami berlainan.

"Lebih kepada gendang gitar dan tradisional yang mudah dibawa ke mana sahaja, tanpa menggunakan sebarang alatan muzik elektrik," kata Malek yang merupakan percussion shaker kumpulan tersebut.

Tambahnya lagi, walaupun kumpulan ini masih baru mereka berharap kemunculan Se7enth Musafir dapat diterima dengan baik oleh semua masyarakat tidak mengira usia

Jom Ke masjid


Walaupun baru melibatkan diri dalam seni hiburan, buat julung kalinya mereka berjaya mengeluarkan album pertama mereka Jom Ke Masjid.

Album yang menyelitkan beberapa buah lagu seperti Palestin Berdarah, Musafir Ila ALLAH, Semesta Bertasbih, Fatamorgana, Sepertiga Malam dan Hasbi Robbi mempunyai maksud tersendiri.

Menurut Malek, album itu terhasil apabila lagu ciptaan yang di muat turun dalam YouTube mendapat sambutan amat menggalakkan.

"Alhamdulillah, selepas beberapa lagu kami bermain di YouTube ada pihak yang tampil melamar kami untuk mengeluarkan lagu di pasaran luar.

"Kami juga bersyukur kepada ALLAH SWT, album Se7enth Musafir siap dirakamkan pada awal Ramadan lalu," katanya.

Malek berkata, setiap lirik lagu yang dirakamkan adalah ciptaan sepenuhnya oleh kesemua ahli kumpulan mereka.

"Kelainan muzik Se7enth pada pandangan pendengar adalah alunan muzik Dangdut, Pop rock, Arabbian dan pelbagai lagi," katanya.

Persaingan sengit


Menyentuh mengenai persaingan yang semakin membanjiri industri hiburan, Malek bagaimanapun yakin dengan bakat dan rezeki yang diberikan.

Menurutnya, walaupun persaingan menyukarkan perjalanan mereka sebagai kumpulan baru, namun di memandang pada nilai positif.

"Kami tahu, dalam industri ini mempunyai persaingan dengan kumpulan muzik terkenal, tapi bagi Se7enth sendiri kami mempunyai kelainan tersendiri untuk terus kekal dalam seni hiburan tanah air.

"Lagu dan lirik yang di ciptakan sendiri kami yakin untuk mengorak langkah ke hadapan seperti kumpulan lain. Bagi kami ia bukan persoalan yang penting mempunyai minat dalam bidang ini.

"Dalam industri sebegini, banyak yang perlu kami pelajari bagi memantapkan lagu setiap lagu untuk  disampaikan kepada penonton dengan mesej tersendiri," katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers