Filem Tanda Putera wajib ditonton semua rakyat

Filem Tanda Putera wajib ditonton semua rakyat
Tanda Putera

Filem Tanda Putera wajib ditonton semua rakyat


FILEM  'Tanda Putera' arahan Datin Paduka Suhaimi Baba yang menemui penonton hari ini, kecuali di Pulau Pinang, 'wajib' ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan negara, demikian menurut seorang pemimpin muda.
 
Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno Lokman Noor Adam berkata beliau  telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan mengakui filem epik itu amat menyentuh emosinya.
 
"Hampir separuh daripada masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata.
 
"Selain mengisahkan jerih payah pimpinan negara mengembalikan kestabilan dan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 Mei (1969) itu turut memaparkan pengorbanan (bekas Perdana Menteri) Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan (timbalannya) Tun Dr Ismail yang merahsiakan penyakit mereka demi memastikan kestabilan politik ketika itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
 
Tayangan filem 'Tanda Putera' yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim tertangguh hampir dua tahun berikutan kontroversi kononnya mengandungi unsur negatif dan fitnah.
 
Filem itu ditayang serentak di 60 pawagam seluruh negara mulai hari ini. - Bernama

iskandarX: Pulau pinang Komunis banyak mana nak tayang kat sini isk isk isk.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers