Permintaan melampau! Ika Nabella akui terkilan

Permintaan melampau! Ika Nabella akui terkilan
Ika Nabella

Permintaan melampau! Ika Nabella akui terkilan


KECANGGIHAN teknologi masa kini memberi peluang buat golongan selebriti berkongsi rutin hariannya dengan pengikut atau peminat tersayang menerusi laman sosial sahaja.

Namun sudah lumrah juga sebagai selebriti, pasti ada sahaja foto mahupun video yang dimuat naik menerusi laman sosial menjadi perhatian ramai dan ada ketikanya menjadi pujian serta tidak kurang kritikan daripada peminat.

Terbaru, penyanyi dan pelakon kecil molek, Ika Nabella sempat berkongsi gambar percutiannya ke Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi laman Instagram.

Bagaimanapun, dalam keseronokan Ika menenangkan fikiran dan menikmati keindahan alam, dia terkilan apabila ada seorang pengikut laman Instagramnya meminta Ika agar memuat naik gambar bogelnya semasa bercuti.

Terkilan dengan permintaan melampau itu, Ika membalas komen tersebut dengan kata-kata yang lebih pedas sehingga ada yang mengatakan Ika cepat melenting dengan perkara berkenaan.

Pepatah ada mengatakan, orang berbudi, kita berbahasa. Tapi kalau orang biadab, ada ketikanya, kita memang kena balas balik supaya mereka beringat tidak semudah itu bersikap biadab dengan orang lain.

"Saya boleh terima lagi jika ada yang kutuk atau perli kerana kita sedia maklum mulut orang bukan boleh ditutup. Tetapi apabila sampai tahap meminta gambar bogel, itu sangat melampau," ujarnya kepada Zass.

Mengakui sedikit kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu cepat menjatuhkan hukuman tanpa menilai perkara lain terlebih dahulu, Ika bagaimanapun bersikap positif dan menganggap ia adalah sebahagian daripada asam garam sebagai selebriti.

Menurut Ika, dia hanya menjadi dirinya sendiri dan tidak suka bersikap hipokrit semata-mata mahu menjaga hati pengikutnya yang lain.

"Saya lihat, kalau ada artis yang muat naik gambar mereka bersolat ke masjid pun dikatakan menunjuk, jadi pendek kata, apa sahaja yang golongan artis buat, pasti ada yang tidak kena.

"Tapi saya berfikiran positif dan merasakan mereka yang mengutuk saya sebenarnya sayang pada saya dan mereka sentiasa mengikuti perkembangan saya. Sebab itu mereka sentiasa tahu apa yang saya buat," katanya.

Nafi seksi

Ditanya mengenai imejnya yang dikatakan seksi, Ika sekerasnya menolak label tersebut dan merasakan ada individu yang lebih seksi daripadanya.

"Saya tidak rasa diri saya seksi dan tidak nampak di mana seksinya saya. Saya rasa ada lagi selebriti yang lebih seksi daripada saya.

"Lagipun pengikut di Instagram saya bukan sahaja di kalangan orang luar, bahkan ada keluarga yang turut mengikut perkembangan saya daripada situ.

"Keluarga saya juga tidak pernah tegur gambar tersebut melampau atau seksi, tapi jika mereka tegur, saya pasti akan segera memadamkannya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ika berkata filem pertama lakonannya, Tanda Putera akan ditayangkan di pawagam esok, manakala antara drama lakonannya yang akan disiarkan tidak lama lagi adalah Seindah Sabarmu, dan Ratu Syuhada.

Comments

  1. Dah tengok gambar2 tu.. dan hanya mampu geleng kepala shj,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa? gambar yang mana baby comel? Ika Nabella marah sebab orang suruh upload gambar dia bogel, takkan dia upload kowt? lagi satu dia nafi seksi yang dok terdedah tu bukan seksi laa? mana laa belajar agama nie? isk isk isk

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers