GSC: 'Tanda Putera' ditayang esok di P.Pinang

Tanda Putera

GSC: 'Tanda Putera' ditayang esok di P.Pinang


KUALA LUMPUR - Filem 'Tanda Putera' akan ditayangkan di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, kata Golden Screen Cinema (GSC).    

GSC dalam kenyataan hari ini menyebut keputusan itu susulan penjelasan kerajaan Pulau Pinang bahawa arahan yang dikeluarkan sebelum ini bermaksud sebagai satu nasihat kepada pengusaha pawagam di negeri berkenaan.
   
"Filem 'Tanda Putera' berada dalam 'Skim Wajib Tayang' Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) bagi filem tempatan dan diluluskan Lembaga Penapisan Filem Malaysia dengan klasifikasi P13," jelas kenyataan itu.    

Rabu lepas, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengeluarkan arahan kepada pengusaha pawagam di negeri itu supaya tidak menayangkan filem berkenaan yang didakwa kontroversi oleh pembangkang.  

Lim, bagaimanapun, dilaporkan membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri hanya mengeluarkan 'nasihat'.
   
Kecuali Pulau Pinang, "Tanda Putera" ditayangkan di seluruh negara semalam. - Bernama

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers