Corat-Coret Menarik Anugerah Lawak Warna 2013

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Corat-Coret, Menarik, Anugerah Lawak Warna 2013


Corat-Coret Menarik Anugerah Lawak Warna 2013


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Penganjuran kali pertama Anugerah Lawak Warna sudah pun melabuh tirai dengan jayanya. Secara keseluruhan, ramai bersetuju dengan keputusan pada malam tersebut. Bagaimanapun, adakah anda tahu cerita di sebalik tabir dari mula anugerah ini berlangsung sehingga tamat?

Istimewa untuk anda, portal murai.com.my menyampaikan cerita menarik yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

1. Gandingan Dato' Ac Mizal dan Neelofa sebagai pengacara majlis Anugerah Lawak Warna boleh dibanggakan dan menghiburkan terutamanya apabila Dato' Ac Mizal mengusik Neelofa dengan teman lelakinya, Hans Isaac. Namun, adakala Neelofa kelihatan bercakap dengan terjerit-jerit, mungkin terlalu teruja atau gemuruh.

2. Sepanjang mengacara anugerah ini, AC Mizal sering saja mengacau dan menyebut nama Amir Raja Lawak. Setiap kali AC Mizal menyebut nama Amir, figura kecil ini akan bangun dan menjerit memberikan reaksi atau pun jawab balas kepada AC Mizal.

3. Sebelum acara bermula, Amir Raja Lawak dan Bell Ngasri diminta untuk berpindah tempat duduknya ke bahagian depan dewan. Bagaimanapun, kedua-dua pelawak ini menolaknya dan lebih selesa duduk di belakang.

4. Sepanjang acara berlangsung, pelawak Ahmad Busu menerima bantuan dari orang lain untuk membantunya berjalan. Bermula dari acara karpet merah sehinggalah ke dalam dewan. Portal murai.com.my kagum dengan semangat Ahmad Busu kerana sanggup memeriahkan penganjuran kali pertama anugerah yang memartabatkan artis komedi tempatan.

5. Pada malam itu, ramai menyangka Azizi Chunk seperti adik-beradik kembar kepada pengarah glamor Mamat Khalid. Ini kerana, Azizi telah mengenakan mafla yang sinonim dengan gaya Mamat Khalid.

6. Persembahan sketsa antara Rahim R2, Jep dan Shuib Sepahtu merupakan antara persembahan sketsa yang sangat lucu dan pecah perut dengan lakonan semula adegan Hang Jebat kembali bertemu Hang Tuah selepas didakwa dibunuh. Jepp berjaya membawakan watak sebagai Hang Lekiu dengan baik sekali dan sememangnya lawak diumum sebagai 'Artis Lawak Lelaki Paling Popular'.

7. Mungkin ramai tidak tahu, persembahan yang melibatkan Rahim, Jep dan Shuib adalah idea daripada Jep sendiri.

8. Persembahan Que Haidar dan Khir Rahman menerusi lagu 'Teratai' berjaya mengingatkan semula adegan-adegan menarik dalam filem 'Rock Oo'. Khir Rahman seperti biasa akan menyebut perkataan popular 'An an an'. Dengan persembahan mantap mereka yang terapung di atas pentas serta kehadiran pengarah filem Rock Oo, Mamat Khalid sememangnya memukau hadirin dan para penonton yang menyaksikan Anugerah Lawak Warna.

9. Berbanding persembahan yang lain, persembahan filem Rock Oo hanya menggunakan masa selama sehari saja untuk berlatih. Pun begitu, persembahan tersebut mampu membuatkan penonton gelak dan kagum dengan persembahan nyanyian dari Que Haidar dan Khir Rahman.

10.Jika anda menonton Anugerah Blokbuster 2011, pasti teringat Afdlin Shauki yang geram apabila dia ditugaskan untuk menjadi hos atau ditugaskan untuk menyampaikan trofi kepada pemenang sedangkan filem atau lakonannya turut tercalon. Dalam Anugerah Lawak Warna 2013, sekali lagi Afdlin menjadi penyampai trofi dan dengan nada bergurau, Afdlin percaya dia sememangnya tidak menang dan menjadi penyampai trofi adalah "game" pihak Astro terhadap dirinya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers