Black Dan Ibubapanya |
Ayahanda Penyanyi Black Kecewa, Marah Dengan Siapa?
KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Ayahanda kepada Black, Md Hanafiah Che Din, 59, telah melahirkan rasa marah dan kecewa pada majlis pengumuman tarikh pernikahan pelantun lagu Teman Pengganti di Zebra Square, Ampang, petang semalam.
Bagaimanapun, luahan rasa tersebut bukanlah ditujukan buat anaknya Black. Sebaliknya, rasa kekecewaan itu terbit apabila sebaik saja dia memperkatakan tentang isu wang anaknya yang berjumlah RM30,000 telah dilesapkan oleh seorang perancang perkahwinan pada saat anaknya itu bakal menikahi tunangnya iaitu Naquia Yasirah Mohd Khairi pada 13 September ini.
"Bohonglah kalau sebagai bapa, saya tidak marah. Sejujurnya, saya memang marah dan kecewa dengan kes penipuan tersebut. Sungguhpun begitu, saya tidaklah berikan hak sepenuhnya kepada orang lain untuk menguruskan perkahwinan anak saya.
"Saya masih lagi mengambil berat tentang majlis penting buat anak saya. Pembohonglah kalau kata saya tak marah. Saya memang sangat kecewa," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai isu penipuan tersebut, selaku ayah, Hanafiah sering menasihati anaknya.
"Saya selalu nasihat kepadanya. Alhamdulillah, Black seorang anak yang dengar kata. Dia selalu mengikut nasihat saya. Mungkin apa yang berlaku adalah disebabkan isu terlepas pandang. Kalau boleh saya tidak mahu hal seumpama ini berlaku lagi.
"Saya mahukan yang terbaik untuk anak saya," katanya.
Dalam pada itu, Hanafiah tidak menyorok rasa gembira sebaik saja anaknya itu ingin menamatkan zaman bujangnya dalam tahun ini.
"Saya seronok mendengarnya anak saya mahu kahwin. Kalau dia terus membujang pun, akan ada masalah juga. Jadi, saya senang hati dengan keputusan ini. Sejujurnya, saya lebih suka menguruskan sendiri majlis perkahwinan Black. Sebabnya saya ini orang kampung. Sebab itu kami akan buat majlis untuk orang kampung pada 15 September di Padang PPR Kerinchi.
"Oleh sebab anak saya telah dijaga oleh pihak pengurusan, saya ikut saja mana yang baik untuk anak saya. Untuk majlis di rumah kami, saya anggarkan jemputan sebanyak 10,000 orang," jelasnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.