Legasi 3R Diteruskan Melalui Pencarian Projek 3R

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Legasi 3R, Diteruskan, Melalui, Pencarian Projek 3R


Legasi 3R Diteruskan Melalui Pencarian Projek 3R


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Respek, Rileks dan Respon adalah tiga sifat serta komponen yang cukup signifikan dengan program televisyen yang memperbincangkan hal-hal wanita iaitu 3R dan ianya bakal kembali menemui peminat mereka setelah hampir 3 tahun berehat.

Permulaan bagi kemunculan semula 3R ini bakal menyaksikan sebuah rancangan realiti pencarian hos iaitu Projek 3R dengan 12 finalis terakhir yang akan berentap mendapatkan 3 kekosongan yang ditinggalkan senior mereka yang telah mencipta nama melalui 3R iaitu Rafidah Abdullah, Azah Yasmin Yusof, Kartini Ariffin, Low Ngai Yuen dan Celina Khor.

Terbitan Red Communications Sdn Bhd, pencarian hos 3R baru iaitu Projek 3R telah pun diadakan dan sesi prebiu untuk episod pertamanya telah pun dipertontonkan di Sri Pentas, semalam. Program realiti ini bakal menemui peminat dan penonton TV3 pada setiap Sabtu, bermula 24 Ogos ini pada jam 6.00 petang.

Menurut penerbit eksekutif bersamanya, Lina Tan, daripada 1000 penyertaan yang diterima mereka, 12 finalis terpilih ini adalah terbaik daripada yang terbaik. Menariknya, semua calon-calon ini mempunyai kelebihan tersendiri serta hadir daripada pelbagai latarbelakang.

"Untuk hari ini majlis kita sebenarnya diadakan untuk tayangan ekslusif episod pertama progrm realiti pencarian hos 3R iaitu Projek 3R. Bakal bersiaran selama 6 minggu, 3 pemenang Projek 3R akan ditampilkan sebagai hos 3R 2013 secara rasminya dalam pogram 3R sendiri dijadualkan akan mual ditayangkan pada Oktober depan.

"Bagi setiap minggu, finalis ini akan menjalani pelbagai cabaran dan aktiviti ala boot camp untuk mendapatkan 3 yang terbaik bagi meneruskan legasi 3R yang mempunyai pengikut dan kekuatan label tersendiri.

"Pengendalian bagi program latihan ala boot camp ini telah dibarisi oleh senior mereka iaitu bekas-bekas pengacara 3R terdahulu sebagai tenaga pengajar. Ia penting untuk hos baru mempelajari serta mendapatkan tips-tips untuk menjadi hos yang bijak dan bukan sekadar cantik semata-mata,"ujar Penerbit Eksekutif Bersama, Red Communications Sdn Bhd, Lina Tan di prebiu yang berlangsung pada Isnin, semalam.

12 finalis bagi pencarian Projek 3R terdiri daripada Jasmine (Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 23, Selangor), Dayah (Nur Hidayah Abu Bakar, 24, Kuala Lumpur), Puteri (Puteri Zulaiqha Mohd Arif, 23, Kuala Lumpur), Amirah (Siti Nor Amirah Mohamad Azmi, 22, Putrajaya), Nora (Nora Shikeen Abdul Rahim, 21, Kuala Lumpur),Zetty (Zetty Nabila Muhamad Ghazali, 22, Kuala Lumpur), Yvonne (Lee Yvonne, 24, Selangor), Fiona (Fiona Cheong, 22, Selangor), Tamila (Tamilarasi, A/P Manium, 21, Perak), Sara Z (Sara Nadzirah Zulkifli, 22, Selangor), Sarah Lois (Sarah Lois Dorai, 21, Sarawak) dan Zeek (Haziqah Azemi, 21, Kuala Lumpur).

Projek 3R akan mula bersiaran pada hari Sabtu jam 6.00 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013 manakala musim baru 3R yang akan dikendalikan wajah baru melalui pencarian di Projek 3R akan mula bersiaran selama 13 episod pada 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30malam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers