Shuhaimi Baba Marah Tanda Putera Dituduh Filem Rasis

Malaysia, Berita, Gossip, Gosip, Hiburan, Selebriti, Artis Malaysia, Shuhaimi Baba, Marah, Tanda Putera, Dituduh, Filem, Rasis
Shuhaimi Baba

Shuhaimi Baba Marah Tanda Putera Dituduh Filem Rasis


KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2013: Selepas setahun ditangguh dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang dilalui, akhirnya filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos ini dan semalam telah berlangsungnya malam gala tayangan filem itu di GSC Premiere, The Gardens Mall, Kuala Lumpur.

Filem ini pada mulanya diselubungi dengan pelbagai kritikan dan dikatakan menyentuh pelbagai sensitiviti terutamanya kaum kerana latarbelakang perjalanan kisah benar ini berlaku sekitar era pemerintahan Tun Abdul Razak dan kejadian 13 Mei 1969.

Bercakap kepada media di sidang akhbar usai tamatnya tayangan perdana Tanda Putera, pengarahnya menegaskan serta menyeru supaya orang ramai yang merasakan filem ini telah menyentuh sensiviti kaum dan sebagainya supaya datang untuk menonton sendiri kerana ia kini sudah boleh ditayangkan kepada umum.

"Kepada sesiapa yang mengatakan filem saya ini filem rasis, para pelakon yang berlakon juga rasis, anda boleh datang dan nilai sendiri sejauh mana kebenaran dakwaan anda tersebut. Walhal semua yang terlibat bukannya terdiri daripada satu kaum sahaja, tetapi kami tahu tujuan sebenar tanda Putera dihasilkan.

"Saya memang marah dan kesal apabila Tanda Putera dipolitikkan oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Cuba mereka ini tunjukkan kepada saya atau jelaskan di mana rasisnya kerana ia sebenarnya mengisahkan tentang negarawan kita yang menjadi jaguh menyelamatkan negara kita.

"Ia mengambil latar belakang kejadian berdarah 13 Mei 1969 kerana negara sedang berada dalam keadaan yang paling rapuh. Gambaran kami hanya untuk menceritakan bagaimana kisah hitam ini berjaya ditangani oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail, 2 negarawan kita yang berjasa walaupun masing-masing berjuang menentang masalah kesihatan yang kronik,"tegas Datin Paduka Shuhaimi Baba mengenai pemahaman yang sebenar filem kontroversi ini.

Filem Tanda Putera ini mengisahkan tentang dua pemimipin negara yang berjuang berhabisan untuk mencapai kemakmuran negara Malaysia sampai ke hari ini. Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail jelas mempunyai semangat dan berdedikasi dimana negara kita mulai bangkit daripada penjajahan serta cekaman komunis yang menjadi duri dalam daging ketika itu.

Dibarisi pelakon hebat seperti Zizan Nin, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Linda Abd Rahman, Razif Salleh, Kuza, Riezman Khuzaimi, Alan Yun, Kavita Sidhu dan beberapa lagi pelakon, Tanda Putera akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini sempena bulan kemerdekaan..

iskandarX: Adakah salah walaupun Filem tanda Putera ini grene Rasis sekalipun? Sebab itu adalah kenyataan dan kebenaran yang terselindung.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers