Juara disandang oleh pasukan Ong. |
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
29 Jun 2013
Peserta bergambar kenangan selepas tamat permainan anjuran Laser War Zone dan RAM Entertainment serta dibarakan oleh Sinar Harian. |
SEMPENA tayangan filem Badges Of Fury yang mula dipertontonkan semenjak 27 Jun lalu, pihak pengedar filem, RAM Entertainment Sdn Bhd dan Sinar Harian menganjurkan acara Laser War Zone.
Acara yang diadakan pada 25 Jun lalu di aras satu, pusat membeli belah e@Curve, Mutiara Damansara bersama 20 pembaca bertuah Sinar Harian.
Menariknya, acara yang dirancang oleh RAM Entertainment Sdn Bhd ini bertujuan memberi peluang kepada pembaca bertuah merasai sendiri debaran bersaing di dalam gelap.
Menurut Eksekutif Penjenamaan Sinar Harian, Khairil Fithry Mustapha AlBakri, acara yang bermula pada jam 6 petang itu menyaksikan 20 pembaca tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan.
Katanya, acara tersebut hanya berakhir pada jam 8 malam dan kesemua yang terlibat berpuas hati sepanjang berada dalam permainan ini.
"Permainan ini ala-ala Paintball, cuma bezanya ia tidak sakit dan permainan berlangsung dalam keadaan gelap dengan menggunakan laser.
"Menariknya, sesiapa yang terkena laser akan dikira mati untuk beberapa minit sahaja dan dia boleh kembali bermain selepas itu.
"Markah keseluruhan pula akan dikira berdasarkan kumpulan mana yang berjaya menepis tembakan dan kemenangan akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi," katanya kepada Zass.
Fithry berkata, acara seperti ini secara tidak langsung menyuntik semangat peserta yang bertuah untuk menonton filem Badges of Fury yang dipertontonkan lebih awal.
150 sertai sesi pratonton
Sementara itu, kira-kira 150 orang pembaca memenuhi ruang legar Cathay Cinneplax, e@Curve untuk menonton filem Badges Of Fury.
Menurut Fithry, sambutan daripada pembaca sememangnya luar biasa, apatah lagi iklan mengenai tayangan tersebut dibuat dalam masa beberapa hari sahaja.
"Wakil RAM sememangnya berpuas hati dengan kedatangan pembaca dan rata-ratanya memberi komen positif terhadap filem ini.
"Ada juga di antara pembaca yang hadir berharap Sinar Harian akan lebih kerap mengadakan sesi pratonton sebegini kepada pembaca.
"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak RAM Entertainment Sdn Bhd dan Laser War Zone, serta Cathay Cinneplax kerana memberi peluang kepada Sinar Harian dan pembaca
setia mengikuti hari yang baik," katanya.
Dalam pada itu, rata-rata pembaca yang hadir pada sesi tayangan Badges Of Fury berpuas hati dengan perjalanan jalan cerita yang dipaparkan.
Menurut salah seorang pembaca, Nurul Fadhillah, 30, filem ini amat sesuai ditonton seisi keluarga kerana ia memaparkan jalan cerita yang santai dan menghiburkan.
"Walaupun ia sebuah filem aksi, tetapi kebijaksanaan pengarah menyelitkan babak komedi akan membuatkan penonton rasa lebih santai, sepanjang menonton filem ini," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.