5 juta tonton BMB akhir

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, 5, Juta, Tonton, BMB, Akhir
Bintang Mencari Bintang


WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Jun 2013

BAGAIKAN mencipta sejarah tersendiri apabila program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama yang bersiaran secara langsung Ahad lalu ditonton lima juta penonton.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Sherina Nordin, pihaknya teruja dengan sambutan yang diterima terhadap program tersebut.

"Kami teruja dengan sambutan positif yang diterima daripada penonton apabila rating konsert BMB Akhir mencecah hampir 5 juta penonton sewaktu bersiaran.

"BMB bukan sahaja membuka peluang kepada sifu-sifu untuk mencari pelapis tetapi ia juga merupakan platform terbaik bagi anak-anak didik untuk menimba ilmu dan pengalaman serta menggilap bakat bagi meneruskan legasi sifu mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BMB juga mencipta fenomena menerusi laman web rasminya, di mana hampir 256,000 penonton melayari laman web tersebut.

"Kelainan yang dibawakan oleh laman web rasmi BMB ialah para peminat boleh menjadi sebahagian daripada program ini dengan adanya skala bintang yang membolehkan mereka mengundi persembahan anak didik.

"Lebih menarik, tontonan video telah mencecah hampir 560,000 termasuk tontonan video eksklusif di sebalik tabir menerusi komputer, telefon pintar dan tablet dimana sebanyak 400,000 tontonan video menyumbang kepada Live TV di Tonton sepanjang BMB bersiaran," katanya.

Ahad lalu, pentas akhir BMB menyaksikan anak didik Harun Salim Bachik, Achey muncul juara yang membawa pulang RM200,000 beserta trofi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers