Babak dalam filem Badges Of Fury |
NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
29 Jun 2013
Babak dalam filem Badges Of Fury |
NAMA Jet Li dan filem aksi seakan-akan tidak boleh dipisahkan. Sejak awal kemunculannya lagi, Jet Li sering mengagumkan peminat dan penonton dengan aksi-aksi pertarungan yang menarik.
Babak dalam filem Badges Of Fury |
Jika sebelum ini dia lebih terkenal sebagai watak lelaki berkepala separa botak, dengan tocang panjang hingga ke pinggang, kini dalam versi yang lebih moden, Jet Li kembali membawakan watak polis yang lebih segak, tetapi pandai berkungfu.
Tentunya, kehadiran Jet Li dalam filem Badges Of Fury arahan Wang Zi Ming sebagai pegawai polis bernama Huang dapat mengubat kerinduan peminat terhadap Jet Li.
Tidak hanya mempertaruhkan aksi-aksi kung fu dan seni mempertahankan diri semata-mata, Zi Ming turut menyelitkan beberapa babak komedi dalam filem ini.
Pendek kata, dalam keadaan tegang antara pihak polis menentang penjenayah, ada sahaja peristiwa lucu yang terjadi dan ada kalanya mengundang rasa nakal di mata penonton.
Filem ini mengisahkan tentang dua rakan polis Hong Kong, Wang dan Huang yang penuh dengan konflik. Huang muak dengan perangai Wang yang berperwatakan tidak matang dan sentiasa membawa masalah kepada mereka.
Mereka kemudian berhadapan dengan satu kes pembunuhan bersiri. Selepas membuat siasatan, mereka mendapati kesemua mangsa bunuh merupakan bekas teman lelaki Liu.
Bagi menangkap pembunuh tersebut, salah seorang daripada mereka perlu menyamar untuk menjadi teman lelaki Lui.
Aksi menarik
Tidak hanya memaparkan aksi pertarungan semata-mata, Zi Ming turut menyelitkan beberapa Imej Janaan Berkomputer (CGI) untuk beberapa babak.
Biarpun ada ketikanya kelihatan babak tersebut agak pelik, namun pada pendapat penulis, kebanyakan filem Hong Kong sememangnya mempunyai babak sebegitu, dan ia bersesuaian dengan jalan cerita.
Justeru, jangan berfikir mengenai logik melihat seseorang boleh 'terbang' dan melompat dengan tinggi kerana ia adalah filem kung fu dan ia adalah sebahagian dari kemahiran orang yang pandai berkungfu.
Malah, ada ketikanya pula, babak yang menyelitkan CGI membuatkan ia kelihatan lebih menarik dan melengkapkan jalan cerita.
Misteri senyuman
Perkara menarik yang berlaku dalam filem ini adalah kematian misteri ke semua teman lelaki Liu yang di temui dalam keadaan senyum.
Malah, dari awal filem lagi, penonton akan di selubungi dengan tanda tanya mengenai siapakah pembunuh dan mengapakah mereka ditemui dalam keadaan senyum.
Namun, semua itu akan mula terjawab sedikit demi sedikit dan ada ketikanya, penonton akan mula mengesyaki orang lain sebelum akhir, Wang dan Huang mula merungkai misteri satu per satu.
Bagi mengetahui siapakah pembunuhnya dan mengapakah dia membunuh semua teman lelaki Liu, jangan lupakan saksikan filem bergenre aksi komedi ini di pawagam.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.