Johnny Depp terus diminati

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Deep, Terus, Diminati


MARINA SAHABUDIN
29 Jun 2013

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Deep, Terus, Diminati


SIAPA yang tidak kenal dengan aktor tampan yang sinonim dengan pelbagai karakter unik dalam setiap filem yang diterajuinya ini.

Entertainment, News, Gossip, Celebrities, Johnny Deep, Terus, Diminati


Berikan sahaja apa watak, pasti dia mampu merealisasikan dengan baik.

Sedikit mengenai perjalanan karier pelakon kelahiran Kentucky ini, ia bermula ketika dia berusia 26 tahun.

Menariknya, meskipun masih 'hijau' dalam bidang seni, namun pelakon kesayangan ramai ini diberi kepercayaan untuk menjadi teraju utama dalam drama bersiri 21 Jump Street.

Satu alasannya menerima tawaran berlakon drama tersebut hanyalah kerana dia akan digandingkan dengan pelakon legenda, Frederic Forrest, yang menjadi idolanya untuk melibatkan diri dalam bidang lakonan.

Selepas itu, empunya nama John Christopher Depp ini mula menjadi perhatian apabila drama itu berjaya menyerlahkan bakat lakonannya.

Dalam sekelip mata, pelakon yang lebih dikenali sebagai Johnny Depp ini menemui era kegemilangannya di Hollywood.

Sehinggakan ada sahaja lamaran  pengarah yang mahukan dia membintangi filem mereka untuk watak utama.

Pun begitu, Depp punya pendirian tetap, hanya memilih karya yang mampu memberi kepuasan kepadanya sahaja.

Antara filem lakonan hebatnya sekitar tahun 1980 adalah seperti Nightmare on Elm Street, Private Resort, Slow Burn, Platoon dan Cry-Baby.

Kemunculan lelaki gunting

Mungkin wajah tampan Depp ketika menjadi lelaki gunting atau Edward Scissorhands masih terbayang di mata peminat filem sehingga ke hari ini.

Mengangkat judul sama, Edward Scissorhands, filem tersebut nyata memberi impak bukan sahaja kepada Depp sebaliknya juga buat industri seni kerana lakonan mantapnya.

Sehingga kini jika filem ini dibikin semula, rasanya tiada siapa mampu menggantikan tempat pelakon yang sudah berusia 50 tahun ini.

Mengakui tidak pernah melupakan momen indah kejayaan filem 'berhantu' itu, Depp meluahkan rasa bangganya kerana pengarah Tim Burton memberi kepercayaan kepadanya menjadi Edward.

"Filem ini benar-benar membuka mata peminat akan kehadiran saya, malah orang-orang industri juga semakin sedar kemampuan saya ketika itu," katanya.

Jadi Orang Asli

Dalam pada itu, pemilik Anugerah Akademi bagi kategori Aktor Terbaik sebanyak tiga kali ini terus mencuri tumpuan peminat sehingga ke hari ini.

Walaupun umurnya sudah mencecah ke separuh abad namun pelakon yang terkenal dengan sekuel Pirates of the Caribbean ini sentiasa muncul dengan buah tangan terbaru.

Jika tahun lalu dia menghantui fikiran penonton menerusi filem Dark Shadows sebagai Barnabas Collins, kali ini, Depp akan menjadi Tonto, iaitu orang Asli Amerika yang bertanggungjawab menuntut keadilan atas kemusnahan kampungnya.

Ujar Depp, menjadi Tonto tidak pernah dibayanginya sebelum ini.

"Saya sudah biasa memainkan peranan dan karakter yang tersendiri, dan kali ini saya mahu penonton nampak perbezaan dalam diri Tonto pula," katanya yang pernah terjatuh dari kuda dan tercedera ketika pembikinan filem ini dijalankan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers