Nora Danish, Dynaz Mokhtar, Eira Syazira teruja menanti Ramadan - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI |
NINA FARZUIN MD SHAROM
30 Jun 2013
Eira Syazira - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI |
SEDAR atau tidak lebih kurang seminggu lagi umat Islam seluruh dunia bakal menyambut Ramadan.
Dynaz Mokhtar - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI |
Pastinya, kedatangan Ramadan kali ini memberi erti dan keistimewaan di mana pelbagai persiapan dan perancangan telah diatur.
Nora Danish - Foto Sinar Harian oleh ZULFADHLI ZAKI |
Sama seperti tahun lalu, aktres Nora Danish akan mengisi masa sepanjang Ramadan ini dengan aktiviti kebajikan tanpa menjalani sebarang penggambaran filem mahupun drama.
Begitu juga dengan Dynaz Mokhtar, yang akan tumpu sepenuhnya terhadap perniagaan labelnya, Dynas Nursing Attire (DNA), untuk mempromosikan produk khas untuk sambutan Aidilfitri.
Sementara Eira Syazira pula, kali pertama menyambut Ramadan bersama cahaya pertamanya, Amarra Sofea Rose memberi kebahagiaan buat rumah tangga yang dibina bersama suaminya, Azad Jazmin.
Berkesempatan hadir pada majlis sidang media Seindah Ramadan TV3 2013 di Restoran Al Rawsha baru-baru ini, Zass sempat menemu bual ketiga-tiga selebriti ini berkongsi sambutan Ramadan mereka tahun ini.
Nora berniaga
Sepanjang bulan puasa tahun ini, Nora memberitahu, dia akan memenuhi masanya dengan melakukan pelbagai aktiviti kebajikan.
Menurut Nora, dia yang dilantik sebagai duta Seindah Ramadan TV3 bersama aktor, Adi Putra dan pengacara, Fiza Sabjahan akan menjelajah ke dua lokasi iaitu di Johor Bahru dan Kuala Terengganu menjalani aktiviti kebajikan di sana.
"Dalam program ini, kami akan memasak beberapa menu dan menjual juadah itu di bazar di Johor dan Terengganu. Kemudiannya hasil kutipan akan disalurkan ke rumah anak yatim terpilih.
"Selain kami bertiga, program ini jaga akan disertai beberapa selebriti lain yang turut memeriahkan Ramadan tahun ini," katanya.
Kata Nora lagi, selain mengikuti program itu, dia turut mengisi masa dengan memenuhi undangan majlis berbuka puasa yang dianjurkan sepanjang Ramadan ini.
"Sejak dua tahun lalu, memang saya tidak akan ambil mana-mana tawaran lakonan pada bulan puasa kerana saya mahu lakukan aktiviti seperti ini.
"Kalau boleh, bulan puasa ini juga saya mahu luangkan masa bersama keluarga dan masa selebihnya saya akan gunakan untuk hadir pada majlis-majlis buka puasa," katanya.
Hanya berkawan dengan Nadeem
Bagaikan sudah lali dengan kehidupan sebagai anak seni yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Nora sedikit pun tidak melatah, malah menjawab dengan tenang mengenai khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadeem.
"Saya ni memang suka berkawan dengan ramai orang dan saya pun tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul, mungkin juga sebab dia anak menteri.
"Saya kenal dia sudah lama, sebelum saya berkahwin lagi dan kami cuma berkawan dan tidak lebih dari itu. Khabar angin itu memang tidak benar," jelasnya.
Tambah Nora lagi, sepuluh tahun berada dalam industri hiburan membuatkannya bersedia menghadapi pelbagai cabaran seperti ini.
"Terus-terang, masa mula-mula bergelar pelakon, saya memang agak kecewa dengan perkara seperti ini. Tapi lama-kelamaan saya bersedia dengan asam garam bergelar selebriti.
"Sebenarnya sudah lama saya bersedia untuk bercinta dan berkahwin sekali lagi. Sesiapa saja lelaki yang berjaya menambat hati saya, saya terima. Insya-ALLAH, kalau ada jodoh dan bila saya nak berkahwin nanti, saya pasti akan beritahu pada semua," katanya.
Keterujaan Eira
Dalam pada itu, ternyata sambutan Ramadan tahun ini sedikit sebanyak memberi kelainan dan keistimewaan buat pasangan pelakon Eira dan Azad yang baru dikurniakan puteri sulung mereka enam bulan lalu.
Menurut Eira, jika tahun lalu bulan puasa disambut berdua, kali ini ia lebih meriah dengan kehadiran anak pertama mereka.
"Saya bersyukur dan bahagia dengan kehadiran anak pertama kami. Boleh dikatakan selepas Amarra dilahirkan, segala perkara berkaitan dengannya diutamakan terlebih dahulu.
"Walaupun Ramadan belum tiba, oleh kerana terlalu teruja, saya sudah menyediakan baju raya fesyen 'peplum' Amarra untuk sambutan Aidilfitri nanti," katanya sambil tertawa.
Dalam pada itu, Eira juga memberitahu, hasratnya untuk berehat sepanjang Ramadan ini tidak kesampaian apabila rezeki lakonannya semakin bertambah.
"Tapi, walaupun sibuk dengan lakonan, saya tetap akan beri keutamaan buat anak dan suami. Kalau saya tidak ada penggambaran, macam biasa saya akan masak untuk suami untuk berbuka sebab dia memang tidak suka
makan di luar.
"Sebolehnya saya mahu seimbangkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan kerjaya saya. Kalau diikutkan memang 24 jam tidak cukup untuk saya, tapi saya akan lakukan yang terbaik untuk mereka," katanya yang turut
terlibat dalam lakonan drama Ramadan Yang hilang yang disiarkan sepanjang Ramadan di saluran TV3.
Dynaz promosi butik
Bagi Dynaz yang menjalankan perniagaan fesyen, ketibaan Ramadan sememangnya dinanti-nantikan untuk mengembangkan lagi perniagaannya.
Menurut Dynaz, sepanjang Ramadan, dia akan fokus terhadap perniagaannya selain menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Safi Rania yang akan disiarkan di saluran Astro Prima.
"Sebelum Ramdan, saya selesai penggambaran drama Demi Dia yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi dan selepas itu saya akan beri fokus pada promosi produk terbaru DNA.
"Untuk raya tahun ini, kami ada menjual beberapa koleksi baju raya yang menarik untuk seisi keluarga. Semua baju itu adalah rekaan saya sendiri.
"Pada 7 Julai ini, saya akan mengadakan jamuan petang sempena mempromosikan koleksi baju raya DNA. Boleh dikatakan Ramadan tahun ini saya agak sibuk menguruskan perniagaan sahaja," katanya.
Selain itu, Dynaz turut memberitahu dia yang merupakan duta kepada lampin pakai buang, Pet Pet turut akan sibuk memenuhi jemputan untuk majlis berbuka puasa.
"Itu adalah antara aktiviti yang saya lakukan setiap tahun pada Ramadan. Bila ada masa lapang pula saya akan luangkan bersama keluarga," ujarnya.
Menyentuh mengenai perjalanan kariernya, Dynaz memberitahu, faktor utama dia menerima tawaran berlakon menerusi drama Demi Dia adalah kerana watak antagonis yang ditawarkan.
"Sudah lama saya tidak bawa watak seperti itu. Saya rasa cukup selesa membawa watak antagonis kerana ianya sedikit sebanyak dapat beri cabaran buat lakonan saya.
"Untuk drama ini, saya bawa watak sebagai Wanda. Dia seorang perempuan yang boleh dikatakan sangat mengutamakan keluarganya sehingga sanggup berbuat apa sahaja asalkan apa yang diinginkan untuk kebaikan keluarganya tercapai," jelasnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.