Anuar Zain |
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
10 Jun 2013
PENYANYI terkenal, Anuar Zain memberitahu dirinya tidak mengejar keuntungan semata-mata dalam setiap persembahan, sebaliknya mementingkan kebahagiaan peminatnya.
Penyanyi berusia 43 tahun ini akui sentiasa mengutamakan peminatnya dan mengibaratkan peminatnya itu sebagai selebriti.
Baru-baru ini, Anuar Zain melaksanakan Konsert Anuar Zain 3 Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari sempena tiga puluh tahun dirinya berada dalam industri seni.
Beliau akui, tidak mendapat keuntungan daripada konsert yang berlangsung di Shah Alam itu dan hanya memberi pulangan modal.
Menurutnya, hasil jualan tiket hanya balik modal meskipun konsert tersebut dihadiri lebih kurang 6,000 peminat.
“Kalau ia sebab duit, saya dah lama kaya raya. Saya berpegang pada prinsip yang begitu kuat. Apabila saya membuat persembahan, penonton perlu didahulukan.
“Peranan saya di sini untuk membawakan kebahagiaan untuk mereka. Pada saya, setiap kali saya naik pentas, saya bukan selebriti tetapi peminat itu adalah selebriti,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan di Bukit Jalil.
Tidak menafikan kepentingan duit dalam kehidupan sehari-hari, namun jejaka kelahiran Merlimau, Melaka ini tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi.
“Sudah tentu kita perlukan duit. Macam saya buat persembahan ini, memang nak cari duit. Jangan cakap saya tak perlu duit pula. Siapa nak bayar duit kereta dan sebagainya kan?
“Duit datang apabila saya buat kerja yang menghasilkan pendapatan, tapi untuk konsert itu, jika dapat beri keuntungan, baguslah tapi jika hanya pulang modal, pun Alhamdulillah,” katanya.
Bercerita tentang perkongsian pentas dengan penyanyi, Dayang Nurfaizah, Anuar juga akui perkongsian tersebut bukan disebabkan wang ringgit.
“Sebenarnya, apabila saya buat sesuatu dengan kawan saya, buat persembahan ke, ia bukan tentang ‘wah! Mesti kita boleh dapat duit banyak’. Tidak! Macam dengan Dayang, ia sesuatu yang kami nak kongsi.
“Kami tak buat duit langsung tetapi gabungan saya atas pentas dengan Dayang itu menunjukkan keserasian dan persahabatan kami,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Anuar berkata, beliau sedang mengumpul material untuk album terbarunya yang dijangka keluar tahun hadapan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.