Alami Dunia Astro Di Karnival Planet Gempak

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Alami, Dunia, Astro, Di, Karnival Planet Gempak


KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Buat julung kalinya, Astro Planet Gempak bakal menggegarkan kawasan yang dilawati dengan membawakan kandungan serta program yang selalunya hanya ditonton di kaca televisyen, kini dibawa terus kepada peminat-peminat melalui aktiviti dan gerai pameran menarik yang bakal dipersembahkan kepada para pengunjung.

Dengan lokasi pertama yang bertempat di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang, Planet Gempak bakal menjelajah ke empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur untuk memberikan satu pengalaman luar biasa kepada orang awam terutamanya para pelanggan Astro.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, penganjuran Planet Gempak merupakan antara usaha kami turun padang untuk lebih mengenali para pelanggan kami, dan ia platform terbaik bagi Astro sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan selama ini.

"Andalah inspirasi yang membakar semangat kami di Astro untuk terus menyediakan perkhidmatan dan program terbaik lagi segar, apatah lagi terdapat banyak permintaan untuk mengadakan program yang lebih interaktif dan dekat dengan kehidupan para pelanggan kami.

"Melalui pelbagai platform eksklusif serta aktiviti yang kami rangka semasa karnival ini nanti, para pengunjung beserta ahli keluarga berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman berada di set program terbitan kami, beramah mesra bersama artis pujaan mereka dan berhibur sambil merapatkan lagi ikatan kekeluargaan".

"Stadium Batu Kawan, Seberang Perai yang menjadi tapak pembuka tirai bagi karnival Planet Gempak bakal menyaksikan saluran dan program yang bersiaran di Astro menggempakkan warga Pulau Pinang. Selain daripada saluran dan program di bawah payung penjenamaan Astro, Planet Gempak turut dimeriahkan oleh rakan-rakan saluran antarabangsa lain," katanya.

Selain itu, para pengunjung Planet Gempak turut berpeluang untuk beramah mesra dan berinteraksi dengan lebih dekat bersama barisan selebriti daripada program-program utama Astro seperti Fear Factor Selebriti Malaysia, Masterchef Malaysia, Kilauan Emas, Raja Lawak dan Akademi Fantasia di samping karektor-karektor dari filem dan animasi terkenal yang juga akan membuat penampilan khas.

"Kami berharap agar penganjuran Planet Gempak ini akan mendapat sambutan yang hebat daripada setiap lapisan masyarakat. Kami juga menyimpan hasrat untuk menjadikan karnival ini sebagai karnival tahunan supaya sentiasa ada hubungan yang erat antara Astro dan rakyat Malaysia, khususnya para pelanggan yang kami hargai", tambah Khairul lagi.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Planet Gempak anjuran Astro di lokasi-lokasi persinggahannya bermula dari 29 dan 30 Jun 2013, bertempat di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers