Farid Kamil |
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
10 Jun 2013
PELAKON, Farid Kamil menjadi tumpuan selepas memuat naik gambar dirinya mencium seorang bayi di laman sosial, Instagram, semalam.
Pelbagai spekulasi timbul dengan mengaitkan bayi tersebut sebagai anak Farid dengan isterinya, Diana Danielle.
Sehingga kini, Farid mahupun Diana belum tampil menafikan perkara tersebut.
Namun, adik kepada pelakon itu, Fadzil menafikan dakwaan itu.
Dipetik dari laporan Berita Harian hari ini, Fadzil memberitahu bahawa bayi berkenaan merupakan anak saudara mereka bernama Aidid Abdyllah Anis yang baru lahir 11 Mei lalu.
“Itu bukan anak Farid tetapi anak saudara kami. Anak adik kami, Dr Anis Anwar Zahari.
“Dakwaan yang mengatakan Diana sudah bersalin itu tidak benar kerana masih belum masanya lagi,” katanya.
Perkara sama dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif MIG Talent, Mejar David Teo.
“Saya mengesahkan bayi dalam gambar itu bukan anak Farid. Tiga hari lalu saya melawat Farid di kediamannya ekoran kemalangan yang dia alami sebelum ini.
"Dalam pertemuan itu, saya bertanya sama ada isterinya mahu bersalin di Malaysia atau Australia dan dia maklumkan bahawa Diana bakal bersalin di sana,” katanya.
terkejut juga..ada orang kata diana daniel dah bersalin..hehe..rupa2 nya anak saudara..nice entry!! (Y)
ReplyDeletenasib baik terkejut kalau terkujat susah is nanti hehehehe, is pun ada dengar benda yang sama mengatakan Diana Danielle bersalin dah....
Deletehuda pun terkejut gak. cepatnye. rupanya anak sedara. farid kamil tak letak caption ke cakap tu anak sedara? bikin saspen je tau!
ReplyDeletebiasalah huda, wartawan kan sememangnya suka buat gimik gempak kan? it's only for business kalau tidak tak laku la berita kan?
Delete