Kes Khalwat: Linda Hashim Percaya Beego Dianiaya

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kes, Khalwat, Linda Hashim, Percaya, Beego, Diainaya


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Pelakon, Linda Hashim akui kes khalwat yang dihadapi oleh pelakon Beego yang kini sudah menjadi suaminya yang sah tidak menjejaskan niatnya untuk berkahwin dengan jejaka tersebut.

Malah, Linda Hashim berkata dia percaya Beego ditangkap khalwat kerana telah dianiaya.

"Masa dia dikhabarkan ditangkap khalwat kami belum menjalin hubungan cinta dan saya hanya dengar begitu sahaja dan tidak pula mengambil kisah dengan bertanyakan kepada sesiapa.

"Bila kami sudah berkenalan, saya hanya fikirkan yang positif dan tidak fikir benda buruk kerana saya ada dengar dariapda orang produksi yang Beego sudah terkena atau teranaiya.

"Saya kecewalah mengapa benda ni boleh jadi kepada dia dan dalam masa yang sama turut bersimpati selepas Beego sendiri menceritakan perkara sebenar," katanya kepada murai.com.my selepas mereka diijabkabulkan.

Linda sah menjadi milik Beego dengan hanya sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, Jumaaat lalu.

Pada 23 Februari tahun lalu, Beego bersama dua rakan lelaki dan dua kenalan wanita mereka telah ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kondominium Okleaf Park, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Beego bersyukur kerana Linda sentiasa bersamanya dan menyokong walaupun kes khalwat itu masih berjalan.

"Sebenarnya, kalau mengikut kata peguam-peguam yang saya berjumpa sebelum-sebelum ini, mereka berkata kes saya sebenarnya tidak boleh wujud atau timbul, tiada apa yang boleh sabitkan saya melakukan kesalahan tersebut kerana tidak ada saksi-saksi yang membolehkan saya didakwa.

"Saya pun tak tahu nak buat bagaimana kerana saya seolah-oleh seperti dianiayai dan saya percaya ramai selebriti lain pun sudah terkena seperti saya. Bagaimana pun, saya berharap dengan penjelasan saya ini, pihak media dapat gambaran jelas mengenai kes saya yang kelihatan samar dan tidak kukuh ini.

"Apa-apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya Linda Hashim kerana mempercayai saya, menyokong saya sentiasa dan terbuktinya kami bernikah pada hari ini,"jelasnya.

Kes khalwat Beego bagaimanapun masih lagi belum selesai dan masih dibicarakan di mahkamah.

Setelah diijabkabulkan pada 7 Jun lalu, pasangan ini kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang pada keesokan malamnya.

Berkongsi mengenai perancangan bulan madu, mereka bakal ke Bali tidak lama lagi sebelum ke destinasi kedua di Taiwan dijangka 1 Julai ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers