Pencetus Ummah Teruskan Legasi Imam Muda

KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Selepas berjaya mencetus fenomena menerusi program Imam Muda yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa serta perhatian dunia, Astro Oasis dengan langkah baru telah memperkenalkan sebuah program keislaman yang bakal mencetuskan fenomena terbaru berjudul Pencetus Ummah yang akan memulakan sesi ujibakat tidak lama lagi.

Jika sebelum ini, Imam Muda telah meletakkan Malaysia di mata dunia dalam sejarah penyiaran tempatan, Pencetus Ummah pula bakal meneruskan legasi tersebut untuk membentuk masyarakat terutamanya generasi muda ke arah perilaku yang lebih baik dan berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, para peserta bakal dilengkapkan dengan pelbagai ilmu oleh tokoh terkemuka yang bertauliah dan berpengalaman. Penekanan akan diberikan kepada kemahiran pengucapan awam dan keupayaan menerbitkan karisma dalam penyampaian dakwah secara berhemah.

Seramai sepuluh orang peserta terbaik yang terpilih bakal memberikan ceramahnya setiap minggu di Medan Pencetus Ummah. Mereka perlulah menonjolkan kualiti pengucapan awam terbaik untuk memikat hati juri dan para penonton dalam jangka masa yang diberikan.

izelan basar, izelan, pencetus ummah, imam muda, Imam Muda, imam muda musim 2, imam muda 3, Astro Oasis, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


Persembahan terbaik dan paling meyakinkan akan mempengaharuhi permakahan juri. Selain mendapat bimbingan daripada Mudir dan Mursyid yang berpengalaman, para peserta juga akan dilatih oleh tokoh pendakwah terkemuka dan barisan pengacara terbaik negara.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar berkata, "Pencetus Ummah merupakan inisiatif terbaru Astro dalam memberikan pendekatan kerohanian dan pemahaman sebenar tentang Islam melalui program yang diterbitkan mengikut acuan dan formula yang tersendiri.

Program ini juga bukti testimonial Astro dalam menerbitkan program-program ilmiah dan tidak tertumpu kepada elemen hiburan semata-mata. Bertepatan dengan judulnya, kami berharap program ini bakal mencetuskan perubahan ke arah pembentukan ummah atau masyarakat yang lebih baik."

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai pendakwah muda, dijemput hadir ke sesi temuduga yang akan diadakan seperti berikut dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang:


Tarikh
Tempat
Negeri
Jumaat & Sabtu,
31 Mei - 1 Jun 2013
Masjid Zahir, Alor Setar
Kedah
Jumaat & Sabtu,
7 - 8 Jun 2013
Pusat Pentadbiran Islam Terengganu, Kompleks Sri Iman, Kuala Terengganu
Terengganu
Sabtu & Ahad,
15 - 16 Jun 2013
Pusat Penyiaran Asia (ASTRO), Bukit Jalil
Kuala Lumpur



Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua lelaki Muslim yang fasih berbahasa Melayu dan berusia di antara 18 - 40 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R di samping mempunyai latar belakang agama yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang agama dan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil Sekolah Menengah Rendah Agama.

Selain perlu membaca surah Al Fatihah dan beberapa surah lazim, para peserta juga perlu hadir dan bersedia dengan salah satu topik tazkirah seperti berikut;

1. Buang anak
2. Poligami
3. Keruntuhan akhlak
4. Hiburan dalam Islam
5. Ekonomi

Program keislaman terbaru Pencetus Ummah ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) pada bulan Ogos ini. Butir-butir lanjut mengenai p

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers