Mak Jemah Pengganti Ana Dahlia, Chef Riz No Komen!


KUALA LUMPUR, 21 MEI 2013: Sebelum ini ada tersebarnya foto milik Chef Riz yang dikatakan sudah bertemu pengganti kepada Ana Dahlia setelah rumahtangga yang dibina mereka hanya bertahan lebih kurang 11 bulan sahaja.

Bagaimanapun, foto milik tukang masak terkenal itu telah pun dipadam olehnya dan begitu juga gosip berkenaan dilihat berterbangan begitu sahaja tanpa ada pengakuan serta pengesahan daripada sesiapa mengenai hal ini. Sebuah portal hiburan ada menyiarkan pendedahan oleh bekas isterinya yang mengatakan bahawa Chef Riz memang sudah ada kekasih baru.

Kesempatan bertemu anak sulung kepada tukang masak ternama negara Chef Wan, portal Murai ada bertanyakan tuan punya badan mengenai kisah peribadinya yang turut menjadi perhatian ramai selepas menjadi juri dalam program realiti Masterchef Malaysia yang pertama.

chef riz, chef riz cerai ana dahlia, teman wanita chef riz, anak dahlia chef riz bercerai, kekasih chef riz, splash_panazz, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti


"Siapa atau nama tidak dapat saya kongsi dengan semua kerana saya belajar daripada kesilapan lepas untuk tidak terlalu terbuka dan bercakap pasal hal peribadi. Bagi saya biarlah saya sendiri tahu dan bila sudah sampai masanya saya akan beritahu semua.

"Memang saya ada berkawan dengan seorang perempuan dan hubungan kami memang serius. Saya dah kenal dia lebih kurang 8 bulan. Saya mengenalinya melalui teman saya dan dia merupakan orang biasa dan bukannya selebriti,"ujarnya yang agak serik untuk menjalinkan hubungan dengan selebriti mahupun artis.

Chef Riz juga berkata bahawa dia tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumahtangga. Dia mahu mengenali hati budi wanita itu sedalam-dalamnya sebelum menyunting wanita itu menjadi suri di hatinya.

"Perancangan untuk kahwin sudah tentunya ada kerana saya dan dia memang serius cuma biarlah kami aturkan perlahan-lahan. Takut kalau terburu-buru nanti macam-macam pula yang berlaku.

"Buat masa ini dia memenuhi ciri-ciri wanita yang saya idamkan iaitu bersifat keibuan, berdikari dan sudah semestinya pandai memasak,"ujar pemilik restoran Flavors ini.

Apa bila ditanyakan adakah wanita tersebut adalah Mak Jemah atau perempuan yang dilihat intim dengannya di dalam foto yang tersebar pada awal tahun lalu, Chef Riz tidak mahu komen mengenai hal itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers