ORANG ramai di Kompleks Mahkamah Perlis, Kangar memberi bantuan kepada Shahidawati yang melahirkan bayi lelaki semalam. |
KANGAR – Kompleks mahkamah di sini semalam riuh rendah apabila isteri kepada seorang tertuduh yang disabitkan dengan kesalahan dadah terpaksa melahirkan anak dalam kawasan mahkamah.
Semasa kejadian pukul 11 pagi, Shahidawati Shabudin, 37, berada di luar mahkamah sementara menunggu suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret di situ.
Mengikut seorang peguam, Rabiatul Adawiyah Ramli, wanita itu yang mengalami sakit perut secara tiba-tiba meninggalkan kamar mahkamah sebelum dia mencari tempat duduk di kawasan mahkamah.
“Tindakan wanita itu disedari seorang tukang cuci wanita yang bertugas di mahkamah dan ketika itu Shahidawati sudah mengalami pendarahan.
“Sebaik diperiksa, kepala bayi telah keluar menyebabkan tukang cuci terbabit terpaksa menyambut bayi itu yang kemudian selamat dilahirkan oleh ibunya,” kata Rabiatul.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
***iskandarX: amik hampa, nak heret sangat saksi-saksi yang sarat sekalipun, punya mangkaq. Anak tertuduh esok mesti akan menjadi peguam tak pun Majistret bila esar nanti kan? Insyaallah.
bertuah sangat ank kecik tu..dapat jadi anak angkat di situ.. moga2 bila besar menjadi seorang yang mempunyai cita2 yang tinggi.. dan dia juga menjadi penyelamat untuk ayh nya..
ReplyDeleteitu lah semoga dia menjadi salah seorang yang bermatlamat tinggi dan berdisplin, selalunya anak yang dilahirkan akan berbangga dimana dia diberanakkan. semoga dia akan kenang semua tu bila dia besar nanti.
Delete