Program pencarian pelapis pendakwah

Program, pencarian, pelapis, pendakwah, program realiti, terbaru, TV3, Da'i, Islam, Malaysia
BARISAN peserta yang bakal terbabit dengan program Da'i Pendakwah Milenia.

PROGRAM realiti terbaharu TV3, Da’i: Pendakwah Milenia diterbitkan untuk mengasah 12 peserta yang dipilih untuk menjadi pelapis pendakwah. Berbeza dengan program Imam Muda di Astro Oasis yang lebih memfokuskan untuk mencari pelapis imam.

Ini diakui oleh penerbit Da’i: Pendakwah Milenia sendiri, Shukri Ibrahim, apabila ditanya mengenai kelainan yang cuba ditonjolkan melalui program tersebut.

Jelasnya: “Kami hanya mencari da’i (pendakwah) bukannya imam. Kini, ramai orang mencari tempat untuk menuntut ilmu sedangkan pendakwah muda dilihat kurang. Ia adalah tanggungjawab sosial kami untuk mencari generasi pelapis golongan pendakwah selain memartabatkan program keagamaan di TV3.”

Mengulas mengenai tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta, ujar Shukri, seramai 12 peserta yang dipilih perlu melakukan tugasan seperti berceramah, mengimarahkan masjid, membimbing adik angkat di sekolah agama berasrama dan sehari bersama saudara baharu.

Seramai 12 peserta yang dipilih ialah Nasaruddin Samsudeng, Che Faizal Amir Che Mat, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Noraida Jamlie, Mohamad Azamudin Zainal, Mohamed Hazwan Padzil, Muhammad Haizat Kamaruddin, Khairul Amar Samsuri, Mohamad Shazwan Zakaria, Ahmad Kahirul Ikhwan Abdullah, Nor Adibah Razain dan Muhammad Tajdid Hadhari Romli.

Jelas Shukri, apa yang pasti, keutamaan program Da’i yang bakal bersiaran sebanyak 13 episod itu pastinya menguji keupayaan minda dan bakat berdakwah 12 peserta Da’i: Pendakwah Milenia.

“Kesemua peserta nanti akan berdepan cabaran berat dalam melaksanakan 11 tugasan untuk dinilai oleh dua juri tetap dan juga juri jemputan setiap minggu.

“Hanya seorang sahaja yang layak menyandang gelaran juara Pendakwah Milenia dan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000,” ungkapnya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.

Dua juri tetap Program Da’i: Pendakwah Milenia iaitu Zainal Ariffin Ismail dan Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie bakal bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan tugasan yang diberikan.

Da’i: Pendakwah Milenia bakal diacarakan oleh pengacara popular, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin manakala untuk segmen khas mingguan ia akan diacarakan oleh Mohd. Zhafran Mohd. Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris.

Da’i: Pendakwah Milenia akan mula bersiaran langsung pada 19 Januari ini, setiap hari Sabtu, pukul 6 petang.

Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da’i juga boleh menonton program tersebut melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

***iskandarX: Jangan lepas nie ada pulak Pendakwah yang kes rogol atau rompak sudah lah ok?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers