Budak 11 tahun, kekasih hilang

Budak, 11 tahun, kekasih, hilang, Seorang, budak, perempuan, berusia, dipercayai, dilarikan, kekasihnya, ketika, sedang, menjamu, selera, bersama, datuk, dan, neneknya, di, sebuah, medan selera, pasar raya, Tesco, dekat, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor, Jenayah, Malaysia
TERATAI dan kekasihnya Muhamad Shahril dicari sebab
menghilangkan diri daripada keluarga masing-masing sejak seminggu lalu.



HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang.

Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu.

Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Cua la cari kekasih yang sama-sama umur sikit? akkan lah aru 11 tahun dah leh stim nak kapel hampeh etui la penyanggak sekarang nie memang keturunan apakah ini? Cua pikiaq 11 tahun apa ada? Apa pun elum tumuh leeeeyy(ayat Keting niee).

Comments

  1. Replies
    1. itu aa penyanggak skang nie bukan kira dah umur berapa pun semua tau nak makan aja, kalau masuk juvana atau penjara memang teruk nie kena belasah dengan senior banduan hehehehe.

      Delete
  2. x paham betul ngan bdak sekarang ni..baru 11 tahun dah pndai bab2 cinta.. sampai sanggup lari tu.. aduhai.. menyesal nti dik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat macam mana skang nie ibubapa pun tak bagi keluar rumah, pastu bagi tengok tv, tv pulak skang banyak cita cinta cintun, nampak seronok la padahal realiti nya cinta itu bahaya bagi yang masih dibawah umur, yang belum ada pengalaman hidup nie.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers