Hakisan ancam rumah

Hakisan, ancam, rumah, Rembau, Penduduk, Kampung Bemban, Sungai emban, Malaysia
WAHAB menunjukkan masalah hakisan di tebing
sungai yang terletak kira-kira 20 meter dari rumahnya di Rembau semalam.

REMBAU – Penduduk Kampung Bemban dekat sini bimbang memikirkan keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin serius.

Salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66, berkata, rumahnya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan.

Katanya, hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanamannya pokok pisang dan limau musnah.

“Selepas beberapa kali saya membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini.

“Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim hujan,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen.

“Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk dan saya bimbang akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga,” jelasnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers