KUALA NERANG, 10 Julai (Bernama) -- Kemelut yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sehingga warga kerjanya membuat laporan polis menunjukkan masalah itu semakin kritikal dan bukan perkara kecil.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata apa yang berlaku di Kuin menunjukkan kolej universiti itu berada dalam keadaan kritikal walaupun Pengerusinya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar mengatakan ia perkara kecil dan tidak perlu campur tangan pihak luar iaitu Kementerian Pengajian Tinggi.
"Kalau dah pensyarah dan kakitangan buat demonstrasi, ini bukan perkara main-main...ia adalah perkara serius yang perlu diambil tindakan segera.
"Ini menunjukkan mereka ada masalah dari segi pengurusan universiti. Itu bukan perkara yang kecil dan ia perlu dipandang serius," katanya kepada pemberita di sini.
Mahdzir berkata beliau bimbang jika masalah itu berterusan ia akan memberi persepsi negatif kepada orang luar dan tidak mustahil suatu hari nanti tidak ramai pelajar yang akan melanjutkan pengajian di kolej universiti milik kerajaan negeri Kedah itu.
-- BERNAMA
Dah ada tempat kerja dan belajar elok-elok, tapi masih juga nak tunjuk protes, disebabkan oleh masalah kewangan, hampa tau dak? Kemiskinan yang melanda Malaysia nie lagi teruk daripada kes KUIn hampa tu? Berapa ramai yang diluaq tak dak kerja, tadak tempat tinggai, tadak makanan nak makan, hampa pikiaq dak? hampa patut bersyukur bukannya dok takbur, ini tidak pasal masalah sikit saja nak tunjuk perasaan. Kalau agak KUIn menyusahkan, lebih baik tutup terus takpun jual share bukannya tunjuk perasaan nak desak orang berhenti kerja, adamasalah bawak berbincang. Kita orang Melayu jangan dok kecoh-kecoh, buat malu orang saja dok tengok, hampa paham ka tidak?

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.