iskandarX Society Negara - Asean-SCC Pilih Satu Projek Kebudayaan Untuk Dilaksana Dalam Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Kebudayaan ASEAN (Asean-SCC) kali ke-13, akan memilih satu projek kebudayaan hasil cadangan negara anggota untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.






Beliau berkata projek kebudayaan yang akan dipilih itu, dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan pada mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian Asean (AMCA) di Singapura, Mei lalu.


"Antara kriteria ditetapkan AMCA ialah projek kebudayaan yang bakal dilaksanakan memberi fokus kepada golongan muda, dan perlu pastikan projek itu memberi kebaikan kepada penduduk ASEAN.


"Projek kebudayaan itu juga adalah projek utama dan mempunyai peruntukan sebanyak US$200,000 (US$1 = RM3.18) untuk dilaksanakan. Tiga negara anggota iaitu Malaysia, Indonesia, dan Singapura telah mengemukakan cadangan masing-masing untuk dinilai oleh jawatankuasa ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat tersebut, di sini, Selasa.


Beliau berkata hasil mesyuarat dan pemilihan projek yang akan dilaksanakan akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Asean Mengenai Kebudayaan dan Penerangan (Asean-COCI).


-- BERNAMA


Ya memang bagus kalau projek nie dan lagi bagus kalau projek nie dijalankan dalam Malaysia sendiri, boleh gak bantu-bantu peniaga-peniaga kecil yang akan turut serta sekali.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers