iskandarX Society Jenayah - UPP Kedah Rampas Rokok Bernilai RM8,738 Libatkan Cukai RM41,633.02

ALOR SETAR, 10 Julai (Bernama) -- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah merampas 563 karton rokok bernilai RM8,738 melibatkan cukai RM41,633.02 dalam operasi di Kampung Begia, Mukim Telot, Jeniang, semalam.



Serbuan pada pukul 11 pagi di sebuah stor yang menyimpan rokok itu adalah hasil maklumat orang awam.


Rokok-rokok itu dipercayai diseludup dari sebuah kawasan bebas cukai, kata Komander UPP Kedah Abdul Latif Rahman.


"Rokok-rokok yang dirampas itu terdiri dari 11 jenama. Tiada tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita di pejabat UPP Kuala Kedah dekat sini semalam.


Beliau berkata pihaknya percaya stor itu dijadikan tempat menyimpan rokok-rokok seludup dari luar sebelum diedar kepada peniaga di sekitar kawasan itu.


-- BERNAMA


Tudia biar betul lah rampasan nie kira yang terbaiklah sebab dapat semua barang rampasan. Tabik spring kepada UPP sebab menjalankan tugas dengan sempurna.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers