iskandarX Society Tempatan - Bengkel Besi Musnah Dalam Kebakaran Di Ampang

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Sebuah bangunan setingkat lot kedai yang dijadikan bengkel besi hangus dalam kebakaran di Taman Klang Gate, Ampang, di sini, Selasa.



Pegawai Operasi Penolong Pegawai Bomba Ampang Anuar Yaacop berkata dalam kejadian 6 pagi itu, bengkel besi berkeluasan 1,600 meter persegi itu hangus sama sekali dan pihak bomba masih menyiasat punca kejadian serta kerugian.


"Kami terima panggilan pada pukul 6.10 pagi dari orang awam dan seramai 13 anggota dengan dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.


"Bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak kira-kira 10 minit kemudian," katanya kepada Bernama menerusi khidmat SMS di sini, Selasa.


Beliau berkata ketika kejadian, tiada orang di dalam premis berkenaan.


-- BERNAMA


Ya Allah, perbuatan khianat siapalah nie ya? Nasib baik tadak kemalangan jiwa dilaporkan, kalau tidak tak tahulah apa yang akan terjadi. Kalau iya pun ada masalah bawa lah berbincang bukan bakar kedai orang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers