iskandarX Society Sukan - Muhyiddin Lancar Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

PETALING JAYA, 10 Julai (Bergambar) -- Kementerian Pelajaran sekali lagi melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) melalui penglibatan lebih 3.6 juta murid dalam Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pada Selasa.




Nota: Video nie tahun lepas punya, video untuk tahun nie aku lom jumpa, harap maklum.


Senamrobik itu yang dilakukan serentak di 10,000 sekolah di seluruh negara dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sekolah Wawasan USJ 15 di sini.


Dalam perutusannya semasa melancarkan program itu, Muhyiddin berkata dasar 1Murid 1Sukan yang mewajibkan setiap murid sihat mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan sejajar dengan hasrat untuk memupuk budaya bersukan di sekolah.


"Saya bersyukur kerana dasar 1Murid 1Sukan turut memperlihat hasrat kerajaan menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana jelas terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia.


"Justeru, bidang sukan adalah gambaran sebenar kepada konsep 1Malaysia yang secara tidak langsung menaikkan semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah," katanya.


-- BERNAMA


Yaa mari kita semua bersukan, majulah sukan untuk negara. Bersukan nie bagus untuk kesihatan, jangan gaduh-gaduh, kalau nak challenge senamrobik dengan aku pun boleh, aku cukup suka bersukan. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers