iskandarX Society Negara - Pertambahan Taman Marin, Darat Di Sabah, TTS Kaji Semula Pelan Strategik

RANAU, 10 Julai (Bernama) -- Taman-Taman Sabah (TTS) akan mengkaji semula pelan strategik berikutan pertambahan taman marin dan taman darat di bawah jagaan agensi itu.







Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TTS Dr Joachim Gunsalam berkata pada awal penubuhan TTS, ia hanya mengendalikan Taman Negara Kinabalu yang kini dikenali sebagai Taman Kinabalu.


Beliau berkata pada masa ini, dua tambahan membabitkan taman di darat iaitu Taman Banjaran Crocker dan Taman Bukit Tawau manakala taman marin yang terbaru ialah Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Pulau Sipadan, selain tiga lagi taman iaitu Tunku Abdul Rahman, Pulau Tiga dan Pulau Penyu.


"Sudah sampai masanya pelan strategik TTS dilihat dan dikaji semula bagi meningkatkan peranan terutama pemuliharaan dan konservasi di kawasan taman darat dan laut," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Julai TTS di sini Selasa.


Joachim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kundasang berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam pelan strategik itu ialah penambahan lebih ramai penjawat di TTS yang bertaraf pegawai.


-- BERNAMA


Kenapa nak kaji semula Tman Marin tu? Buat jer terus, keuntungan jangan dikira dulu, yang pastinya Taman-taman Marin yang sedia ada memang sedang mencapai kejayaan sepanjang terbinanya Tama Marin ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers