iskandarX Society Tempatan - Bubur Lambuk Agong Kampung Baru Jadi Ikon Pelancongan - Ng Yen Yen



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bubur Lambuk Agong Kampung Baru hari ini diangkat sebagai ikon pelancongan sempena bulan Ramadan.




Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata Bubur Lambuk Agong itu merupakan 'signature dish' yang terkenal serta diiktiraf bukan sahaja penduduk Kampung Baru malah sekitar Lembah Klang.

"Seluruh pelosok Lembah Klang turut singgah ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk mendapatkannya selain untuk beribadah di masjid ini," katanya semasa berucap pada pelancaran Bazar Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Sempena pelancaran bazar Ramadan itu, sebanyak 100 periuk bubur lambuk diagih kepada pengunjung.

Ng berkata penganjuran bazar Ramadan dapat menjadi platform bagi Malaysia mempromosikan makanan dan minuman rakyat tempatan yang berbilang bangsa dan budaya kepada pelancong luar negara.

-- BERNAMA

Lerrrr nak bubur lambok kerr?? isk isk isk aat la tak bagitau mai, Jangan kan buboq lambuk saja, buboq asyura, buboq pisang, buboq gandum memang fav laaaa time-time puasa nie.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers