iskandarX Society Jenayah - KDN Akan Tubuh Jawatankuasa Bantu Mangsa Jenayah Wanita Dan Kanak-kanak



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk membela mangsa jenayah kekerasan dan penculikan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.




Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jawatankuasa khusus itu akan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan bukan kerajaan (NGO), yang akan dipilih oleh KDN mengikut kriteria ditetapkan.

Hishammuddin berkata kerjasama itu akan dimuktamadkan melalui satu mesyuarat khas yang akan diumumkan pada minggu hadapan.

"Isu-isu tersebut kita telah kenal pasti seperti kes culik kanak-kanak dan jenayah terhadap wanita di pusat membeli-belah dan ia merupakan satu agenda penting untuk kita menurunkan kadar jenayah seterusnya meredakan kebimbangan orang ramai terhadap masalah jenayah pada hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat selama sejam mengenai penubuhan jawatankuasa itu bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan semua ketua polis daerah di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

Patutnya dah lama dulu korang patut tubuhkan jawatankuasa seperti ini. Disebabkan korang lambat tubuh kerana tubuh-tubuh belum ada, maka badan-badan bukan kerajaan yang telah dulu membela nasib mangsa wanita dan kanak-kanak nie. Patutnya kerajaan tak perlu tubuhkan badan yang lain, hanya sekadar membantu serta menyalur tenaga serta permodalan kepada pertubuhan yg bukan kerajaan (NGO) yang telah tersedia ada di Malaysia ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers