iskandarX Society Ekonomi - BiotechCorp Beri Penerangan Terbaru Kepada Wakil Asing



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) baru-baru ini mengadakan satu sesi makan tengah hari dengan diplomat asing untuk menerangkan tentang industri bioteknologi Malaysia.






Acara itu dihadiri oleh wakil-wakil dari Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Belanda, Arab Saudi, Venezuela, Azerbaijan, Afrika Selatan, Uruguay, Swaziland, China, dan Filipina.

Dalam satu kenyataan BiotechCorp berkata acara itu membuka jalan bagi kedua-dua pihak meneroka peluang usahasama antara Malaysia dan negara mereka.

Ketua pegawai eksekutif BiotechCorp Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal berkata acara itu adalah satu platform untuk perbadanan itu menggalakkan pelaburan terus asing dalam bioteknologi.

"Ia juga membantu mencipta akses pasaran untuk barangan dan perkhidmatan teknologi bio terutamanya syarikat berstatus BioNexus," katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers