iskandarX Society Special Ramadhan - Masakan Ala Kampung Menu Ramadan Bagi Kebanyakan Hotel Sempena Ramadan



KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Masakan ala kampung, yang merupakan hidangan kegemaran penduduk di ibu negara menjadi menu utama beberapa hotel sempena Ramadan.

Bagi jurujual Hotel Maluri Shikin Johar masakan ala kampung ini jarang dapat ditemui di ibu kota dan sempena Ramadan, hotel ini mengetengahkan beberapa hidangan bufet ala kampung yang menarik, antaranya ikan patin masak tempoyak.





Beliau memberitahu Bernama menu ala kampung ini juga turut menarik minat pengunjung bukan Melayu dan juga pelancong asing, yang mana secara tidak langsung membantu memperkenal kepada pelancongan asing pelbagai masakan di negara ini.











Bagi Hotel Kuala Lumpur International, daripada lebih 100 juadah berbuka puasa, sajian tradisional merupakan antara menu yang diminati para pengunjungnya, kata penolong pengurus jualan hotel itu Sharifah Sharina Wafa.

Beliau berkata sesuai dengan cita rasa kampung untuk pembuka selera, hotel itu menyediakan 30 jenis ulam-ulaman termasuk kerabu daging, kerabu kaki ayam, kerabu mangga, kerabu jantung pisang, kerabu pucuk paku, kerabu daun pegaga, kerabu campur bersantan, kerabu suhun, kerabu kerang dan kerabu daging panggang.

Selain itu, hotel tersebut juga turut menghidangkan pelbagai jenis ikan bakar antaranya ikan kembung, pari, terubuk, cencaru bersama air asam dan sambal kicap sebagai cicahnya.

Sharifah Sharina berkata menu gulainya pula terdiri daripada ayam kampung padang berkentang, kari ketam dengan nanas, gulai tulang dengan rebung, siput sedut ubi keledek, jantung pisang lemak ikan bilis dan berbagai lagi.

Beliau berkata hotel itu turut menukar menu bufetnya setiap hari bagi memastikan pelanggan tidak jemu berkunjung ke hotel itu untuk berbuka puasa.

Beliau berkata hotel itu hanya mengenakan bayaran RM48 bagi dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak untuk bufet Ramadan.

Bagi Restoran Sultani yang menyediakan masakan tradisi India, sempena bulan Ramadan ini mereka turut menghidangkan pelbagai kuih muih tradisional Melayu untuk para pengunjungnya termasuk kuih lapis, kuih talam dan seri muka, kata pengarah operasi restoran itu Sanna Shah.

Walaupun restoran ini menghidangkan masakan India Utara asli umpamanya nasi beriani, tandoori, naan, kurma ayam, kurma kambing, 'masala' daging, sempena bulan Ramadan restoran ini turut mengadakan sedikit menu tradisional masakan Melayu bagi memastikan pengunjung Melayunya tetap dapat menikmati juadah berbuka puasa yang disukai mereka, katanya.

-- BERNAMA

Haa....tudiaaa..kalauadasesaperyangnakpitrymenu Ramdhanniekat KLInternational Hotelboleh lehhubungi Penolong Pengurus tu. AKu try cari gamba dia tak jumpa (maybe belum ketumui), so korang try ushar masih single atau apa heheehhe. Ok Hubungi dia kat:

Sharifah Sharina Wafa
Assistant Sales Manager
sharifah_sales@klitel.com.my | sherrysharina@yahoo.com

HP : 019-2772882

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers