iskandarX Society Special - Meriam Buluh Ramadhan 1433H


Korang pernah main meriam buluh? Dulu masa aku kecik-kecik gi aku and the geng bila time masuk bulan puasa nie kita orang akan masuk kedalam hutan. Macam askar la pulak. Bukan apa, mak member aku suka buat lemang bila mai time puasa nie, so kita orang diarahkan ambik buluh lemang.

Dah masuk hutan kan? Hutan pulak ada berbukit di Balik Pulau nie. Terlajak cari buluh lemang sekali jalan lah masuk cari buluh meriam pulak. Biasanya buluh lemang nie tepi-tepi jalan dikampung pun ada, tapi pasal niat di hati nak ambik buluh meriam sekali, so masuk hutan terus lah jawabnya. Buluh meriam nie dari jenis buluh bukit yang saiz nya agak besar, setakat kepala aku nie pun boleh masuk lagi dalam mulut buluh nie, ha bayangkan ok?














Ok setelah tamat mencari buluh lemang dan buluh meriam, buluh-buluh tadi kami rendam kat dalam sungai cetek dibawah kaki bukit yang kami teroka tadi. Buluh diikat supaya tak hanyut kemana-mana, renda selama satu hari, esok mai ambik balik buluh tadi. Lepas rendam, kami kikis skit permulaan buluh tadi habuan buang saki baki miangnya, kalau tidak gatai merenyam oiiii.

Lepas tu kami tebuk buluh tu buat lorong tengahnya. dah buat laras kami buat pulak penebatnya, untuk elakkan dari pecah kena kat kita semula, naya tu. Kami cari dawai, dan tayar dalam basikal, lilitkan seluruh permukaan meriam tadi, dawai ikat 4-6 bahagian, tayar dalam tu ikat seluruh keliling meriam. Malam yang dinantikan kami makan cepat-cepat masa buka puasa, terus ke medan perang.

Bubuh karbait dalam meriam, curuh sikit air, tutup lubang sumbu dengan kaki jer. masa kaki dah dok terasa nak terangkat, akibat wap yang terhasil dari karbait kena air, baru cucuhkan api, dan terus....KeebaabommmmMMMMMM!!!!.

Nie kat bawah aku bubuh sikit info lain kot-kot aku punya cerita kurang menarik. Ada banyak lagi cara dan cerita aku dengan meriam buluh nie tapi tak pe lah nanti aku update ke entry yang lain ok?

Meriam buluh adalah sejenis mercun buatan sendiri yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia. Seperti juga mercun yang lain, meriam buluh diharamkan seperti yang termaktub di dalam Akta Bahan Letupan 1957; ironinya, semakin ramai kanak-kanak Melayu beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai alternatif kepada mercun komersial yang diharamkan oleh kerajaan.

Bagaimana ia berfungsi

Sesebuah meriam buluh biasanya terdiri daripada sebatang buluh yang besar serta campuran kalsium karbida dan air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran kalsium karbida dan air di dalam buluh menghasilkan asetilena, gas yang mudah meletup. Gas asetilena akan meletup apabila didedahkan kepada api. Letupan tersebut boleh mengakibatkan kecederaan teruk jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati.
Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Kurang daripada secawan (lebih kurang 200 ml) minyak tanah panas dibubuh di dalam lubang kecil pada meriam buluh. Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Seterusnya udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil itu dan meriam dibakar lagi. Sedikit latihan diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat. Biasanya, buluh yang digunakan berdiameter antara 4 hingga 6 inci serta panjangnya antara 4 hingga 5 kaki.


Bahaya bermain meriam buluh

Oleh kerana buluh yang digunakan tumbuh secara semulajadi, ia tidak mempunyai kekuatan yang sekata. Dengan itu tidak terdapat jaminan buluh yang digunakan mampu bertahan dengan letupan yang terhasil, maka ia mampu pecah meletup. Ini menjadikan ia tidak dapat dijangka. Letupan inilah yang merbahaya kerana buluh akan berderai akan terpercik seperti lidi dan selumbar. Itu tak termasuk bahanapi yang mungkin akan terpercik dan menyebabkan kelecuran dan kecacatan kekal pada muka dan anggota badan akibat letupan tadi.

Langkah pencegahan

Sesetengah orang akan membalut meriam buluh tadi ketat-ketat dengan tiub basikal. Ini dilakukan pada tiga atau empat tempat penting. Antaranya adalah di bahagian muncung, tengah dan pangkal. Selain itu, untuk mengukuhkan lagi balutan itu, buluh itu akan di ikat pula dengan beberapa kali lilitan dawai kasar.
Kesannya, apabila buluh mulai lemah, ia akan remuk sendiri akibat dari kesan menjerut tiub basikal itu sebelum ia sempat meletup. Sekiranya ia meletup sekali pun, kebiasaannya buluh akan meremuk terus kerana jerutan tiub basikal tadi. Dawai itu pula akan menghalang tiub basikal dari meregang banyak sangat dan menghembur serpihan orang sekeliling.

Bagaimanapun ini tidak mengurangkan bahaya melecur terkena api lampu kabaid.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers