iskandarX Society Sukan - Misi Pertahankan Piala Malaysia, Kelantan Mahu Pancing Pemain



SHAH ALAM, 21 Julai (bernama) -- Kelantan, juara Liga Super dan Piala FA 2012, berminat mendapatkan beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan skuad 'The Warriors' bagi mempertahankan Piala Malaysia apabila saingan bermula bulan depan.




Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berkata beliau telah menemui beberapa pemain daripada pasukan Liga Malaysia yang gagal layak ke Piala Malaysia bagi membantu pasukan pantai timur itu mempertahakan kejuaraan buat kali kedua.

"Saya masih berharap untuk mendapatkan khidmat beberapa pemain di luar Kelantan bagi membantu kami menjuarai Piala Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui selepas pasukannya kalah 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (OPR) pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam di sini, Jumaat.

Mengulas penampilan sulung pemain import Guinea, Keita Mandjou pada perlawanan persahabatan itu, Hodak berkata bekas penyerang Perak itu perlu bermain beberapa perlawanan lagi bersama Kelantan sebelum beliau dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran bola sepak tempatan.

Selain Mandjou, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) juga mengikat empat lagi pemain import iaitu Mijo Dadic (Croatia), Dennis Antwi dan Emmanuel Okine, kedua-dua dari Ghana, dan Zachariah Charara dari Lubnan.

Kesemua muka baru itu dibawa masuk untuk memantapkan pasukan Kelantan dalam menghadapi saingan suku akhir Piala AFC menentang Arbil FC dari Iraq pada September ini.

-- BERNAMA

Yaa Kelantan pancing pemain sahaja ok? jangan pi kencing pulak nanti hancing kang haru biru nanti. Kalau nak menjuai piala Malaysia, jangan bagi semua player bola nie isap ice dengan cara mengurangkan gaji mereka. Duit banyak naik lemak aaa.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers