Cerekarama TV3 Perempuan Neraka


Iskiskiskisk, aku balik-balik semalam dari tutup kedai aku, terus aku dengar kat sebelah dalam rumah aku. Bunyi kuat nak mampus, (bunyi TV) aik depa tak pergi rumah adik aku yang besar skali tu lagi ker? ker tidor kat rumah hari nie?

Ahmad Jeffrydin

So aku dok rileks sat kat luaq rumah sambil isap rokok lagenda aku tu. (Gudang Garam Surya 12) sebatang. Sampai saja sekerat rokok aku sedut, terus aku masuk dengan-dengan kucing kesayangan keluarga aku pun turut menyibuk masuk, ahmad jeffrydin, dengan lajunya. Aku terus grab dia punya badan sekaligus mendukungnya. Aku tanya jeffrydin, pasal apa hang masuk rumah kalut2?

Jeffrydin tak jawab, dia pejam-pejam mata dua-dua menandakan dia amat takut, so aku ushar luar rumah, aku nampak kelibat kucing jantan lain. So aku rasa dan membuat kesimpulan bahawa jeffrydin nie takut kat ayah dia sendiri. Memangnya dia takut la dari lahir sampai dah besaq gedabak tak penah mai jenguk tetiba mai musim mengawan jumpa balik, terkejut la kucing tu.

Hahahahah aku merepek korang layan ker? Ok kita masuk balik cerita tadi, bunyi bising tu dari TV 29 inci umah aku yang adik bongsu aku bukak, cerita TV3. Kalih punya kalih kepala aku, terus aku tonton sekali cerekarama tu. Nie sikit sinopsis dia aku curik dari blog-bloh kawan-kawan kita.

Drama ni berkisah tentang Intan, isteri kepada Hasyim yang sentiasa mengongkong hidupnya dan berbelanja di luar kemampuan.. Hasyim hanya bekerja sebagai pemandu lori dan kesemua gajinya diberi kepada Intan.. Malah kerja rumah yang sepatutnya dibereskan oleh seorang isteri juga terpaksa dilakukan demi kasih sayangnya kepada Intan..

Hasyim dan Intan memiliki seorang anak perempuan bernama Anis yang ditatang bagai minyak yang penuh.. Intan juga mengajar Anis untuk memperbodohkan suami sepertimana yang dilakukan terhadap Hasyim..

Keadaan rumahtangga yang tidak terkawal menyebabkan Hasyim tertekan dan kesihatannya turut terjejas...Apabila Hasyim meninggal dunia, Intan mengesyaki suaminya telah berkahwin dua dan mempunyai isteri bernama Zubaidah..

Kisah rumahtangga anaknya juga banyak dipaparkan sehinggalah mereka bercerai dan anaknya masuk penjara kerana mencederakan adik ipar sendiri.. Drama yang sangat-sangat menarik.. Drama ni lakonan Fizz Fairuz, Aeril Zafrel, Sherie Merlis dan Ika Nabella.. Korang leh layan kat bawah nie aku embed dah video dia. Kalau tadak atau kena remove aku nanti upload lain cita nie kat vimeo.











Lagu Tema OST Perempuan Neraka
Ungu - Surgamu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Reff:
Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

back to Reff:

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu







Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers