VIRAL TERKINI!!! Didakwa hampir setahun tak jenguk anak, ini penjelasan Dr Che Hafiz. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

VIRAL TERKINI!!! Didakwa hampir setahun tak jenguk anak, ini penjelasan Dr Che Hafiz. SELEPAS penyanyi dan pelakon Lufya Omar mendakwa suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil mempertahankan dirinya.

Dr Che Hafiz berkata Lufya boleh saja menghubunginya atau menyelesaikan masalah mereka menggunakan saluran yang betul tanpa perlu menghebahkan perkara itu pada umum sehingga boleh menimbulkan prasangka buruk terhadapnya.

Bagaimanpun, Dr Che Hafiz memberitahu dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut kerana isu tersebut peribadi untuk dikongsikan dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis penularan wabak Covid-19.

VIRAL TERKINI!!! Didakwa hampir setahun tak jenguk anak, ini penjelasan Dr Che Hafiz. SELEPAS penyanyi dan pelakon Lufya Omar mendakwa suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tampil mempertahankan dirinya.

Dr Che Hafiz minta Lufya berhenti keluarkan kenyataan tidak benar.

"Saya terkejut juga bila baca kenyataannya itu. Sepatutnya dia boleh saja hubungi saya untuk selesaikan masalah antara kami. Tak perlu ungkit kisah lama yang boleh timbulkan prasangka buruk terhadap saya.

"Dia boleh menggunakan saluran yang betul untuk selesaikan perkara itu tapi kenapa perlu begini? Sebenarnya saya tak nak ulas lebih lanjut perkara ini sebab ia melibatkan kehidupan peribadi yang tidak perlu orang luar masuk campur.

"Lagipun, dalam keadaan negara tengah berhadapan dengan masalah yang lagi besar iaitu wabak Covid-19 ini lagi. Lebih baik, kita semua tumpukan bagaimana nak memerangi wabak tersebut," kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Dr Che Hafiz diminta mengulas mengenai kenyataan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar yang mendakwa suaminya tidak langsung bertanya khabar anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga masuk Ramadan.

Lagipun, dalam keadaan negara tengah berhadapan dengan masalah yang lagi besar iaitu wabak Covid-19 ini lagi.
DR CHE HAFIZ
SUAMI LUFYA
Lufya turut menafikan dakwaan dia tidak memberi kebenaran kepada Dr Che Hafiz bertemu dan meluangkan masa bersama anak mereka.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz turut berharap Lufya berhenti mengeluarkan kenyataan tidak benar di bulan Ramadan yang sepatutnya perlu memperbaiki diri.

"Cukup-cukuplah keluarkan kenyataan tidak benar, orang mungkin sudah muak dan letih dengan isu ini. Lagipun, kita dalam bulan Ramadan sepatutnya kena perbaiki diri dan perbanyakan amal ibadah," ujarnya.

Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana yang kini berusia dua tahun.

Pergolakan rumah tangga pasangan itu bermula pada Oktober 2018 dan kini kes permohonan cerai mereka masih tergantung.

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers