TERKINI!!! Covid-19: Tak sakit, Jong-un mungkin berlindung di lokasi rahsia. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Covid-19: Tak sakit, Jong-un mungkin berlindung di lokasi rahsia. KIM Jong-un tidak sakit dan mungkin bersembunyi di lokasi rahsia untuk melindungi dirinya daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

TERKINI!!! Covid-19: Tak sakit, Jong-un mungkin berlindung di lokasi rahsia. KIM Jong-un tidak sakit dan mungkin bersembunyi di lokasi rahsia untuk melindungi dirinya daripada pandemik koronavirus (Covid-19).


Demikian menurut penjelasan terbaharu pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengenai ketiadaan pemimpin Korea Utara itu di khalayak ramai baru-baru ini.

Korea Utara menegaskan tiada jangkitan Covid-19 dikesan di negara itu meskipun berkongsi sempadan dengan China.

Meskipun timbul desas-desus mendakwa Jong-un menjalani pembedahan jantung, Menteri Penyatuan Korea Selatan Kim Yeon-chul berkata adalah wajar untuk menganggap pemimpin itu mengambil keputusan untuk tidak hadir acara penting pada 15 April lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Jong-un tidak kelihatan pada acara 15 April lalu untuk meraikan hari kelahiran datuknya, Kim Il-sung.



“Kami mempunyai kapasiti risikan yang membenarkan kami untuk berkata dengan yakin bahawa tidak ada tanda-tanda pelik di Korea Utara.

“Dia tidak terlepas acara itu sejak mengambil alih kuasa, tetapi banyak acara ulang tahun dibatalkan kerana wabak Covid-19, ” kata Yeon-chul.

Sementara itu, pegawai AS memberitahu Reuters bahawa Jong-un menggunakan kereta api peribadi miliknya ke sebuah bandar peranginan di pantai timur Wonsan untuk melindungi diri daripada wabak Covid-19.

Yeon-chul mendakwa terdapat sekurang-kurangnya dua insiden sejak pertengahan Januari lalu apabila Jong-un tidak dilihat di khalayak ramai selama hampir tiga minggu. - The Guardian

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers