TERKINI!!! Kes SRC Najib: Pembelaan, pendakwaan serah hujahan bertulis hampir 100 muka surat. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Kes SRC Najib: Pembelaan, pendakwaan serah hujahan bertulis hampir 100 muka surat.Kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan dalam kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd telah menyerahkan hujahan bertulis hampir seratus muka surat kepada Mahkamah Tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan berkata peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah menyediakan 643 muka surat hujahan bertulis manakala pendakwaan mengemukakan 306 muka surat.
"Kedua-dua hujahan telah diserahkan kepada mahkamah hari ini. Kami turut bertukar-tukar hujahan menerusi e-mel. 19 Mei telah ditetapkan untuk kedua-dua pihak menjawab hujahan bertulis itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Hujahan lisan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah ditetapkan selama tiga hari bermula 1 Jun.
Pada 11 Mac, pembelaan telah menutup kesnya selepas memanggil 19 saksi di peringkat bela diri yang berlangsung selama 33 hari sejak 3 Dis tahun lepas.
Pendakwaan sebelum itu telah memanggil 57 saksi untuk memberi keterangan.
Pada 11 Nov tahun lepas, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan telah diperintah membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta yang terdiri daripada tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.