TERKINI!!! Dunia bebas Covid-19 mungkin ambil masa 10 tahun, saintis bimbang jangkitan bermusim. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Dunia bebas Covid-19 mungkin ambil masa 10 tahun, saintis bimbang jangkitan bermusim. DUNIA bebas daripada wabak Covid-19 mungkin mengambil masa sehingga sedekad melainkan masyarakat antarabangsa melakukan pemvaksinan, menurut bekas setiausaha luar Britain, David Miliband.
Bercakap kepada siaran Covid-19 menerusi saluran BBC, Miliband yang kini merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa berkata, beliau bimbang tempoh tersebut boleh menjadi lima atau 10 tahun, selagi tiada penemuan vaksin untuk pandemik itu.
Ini berikutan para saintis mendakwa Covid-19 tidak mungkin dapat dibasmi dan mungkin berulang setiap tahun seperti musim selesema.
Pakar China turut meramalkan yang sama, sebagaimana peringatan oleh ketua pegawai perubatan United Kingdom, Profesor Chris Whitty pada minggu lalu.
Profesor Whitty berkata, negara itu tidak mungkin kembali normal, sehingga vaksin dapat dijumpai, seperti yang diperlukan untuk selesema.
Sementara itu, penyelidik virus dan perubatan China memberitahu wartawan di Beijing bahawa virus berkenaan tidak mungkin hilang seperti SARS, kerana ia dapat menjangkiti pembawanya yang tidak tahu mereka mempunyai gejala dan menjangkitinya secara senyap kepada orang lain.
Mereka berkata, pegawai kesihatan China masih mengesahkan puluhan pembawa asimtomatik dicatatkan setiap hari. - Mirror

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.