TERKINI!!! Holly Marie Combs salahkan Trump atas kematian datuknya akibat Covid-19. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM

TERKINI!!! Holly Marie Combs salahkan Trump atas kematian datuknya akibat Covid-19. "DATUK saya meninggal dunia hari ini. Dia mengundi kamu. Dia percaya apabila kamu katakan virus itu umpama flu.

TERKINI!!! Holly Marie Combs salahkan Trump atas kematian datuknya akibat Covid-19. "DATUK saya meninggal dunia hari ini. Dia mengundi kamu. Dia percaya apabila kamu katakan virus itu umpama flu.


"Dia percaya setiap pembohongan yang kamu katakan. Hari ini, datuk saya meninggal dunia sehari selepas meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-66."

Demikian tweet seorang pelakon Hollywood, Holly Marie Combs kepada Trump kerana begitu kecewa dengan presiden Amerika Syarikat itu.

Malahan, pelakon Charmed yang terkenal dengan watak Piper Halliwell itu turut menyalahkan pemimpin negara itu atas kematian datuknya.

TERKINI!!! Holly Marie Combs salahkan Trump atas kematian datuknya akibat Covid-19. "DATUK saya meninggal dunia hari ini. Dia mengundi kamu. Dia percaya apabila kamu katakan virus itu umpama flu.


Aktres berusia 46 tahun itu juga berterusan memuat naik tweet yang mengkritik Trump terutama cara beliau mengendalikan pandemik koronavirus.




Sehingga Rabu pagi, lebih sejuta rakyat AS disahkan dijangkiti virus berkenaan, manakala 59,000 maut akibat wabak berbahaya itu.

Sementara itu, kaji selidik yang dijalankan di AS menunjukkan majoriti rakyat negara itu setuju Trump gagal mengendalikan wabak Covid-19.

Angka menunjukkan 80 peratus menganggap keputusan untuk membuka sekolah semula bukan idea yang bagus, manakala 55 peratus pula tidak setuju dengan cara Trump membendung wabak itu.

Selain itu, 91 peratus tidak bersetuju dengan penganjuran acara sukan, 80 peratus tidak mahu restoran dibuka semula dan 65 peratus menganggap bukan masa sesuai untuk kembali bekerja seperti biasa.

Kaji selidik itu dijalankan hasil kerjasama PBS NewsHour, NPR dan Marist poll melibatkan 1,008 individu dewasa antara 21 hingga 26 April lalu.-dailymail.co.uk

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers