TERKINI!!! Aktiviti penjualan cecair vape dicampur dadah dibongkar - Polis. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #MYTRACE #Malaysia #MKN #KKM
TERKINI!!! Aktiviti penjualan cecair vape dicampur dadah dibongkar - Polis.Polis membongkar kegiatan penjualan cecair vape campuran dadah jenis ketamin dan ganja melalui laman e-dagang apabila menahan 17 individu dan merampas 250 botol cecair bernilai lebih RM58,000 dalam operasi di sekitar Lembah Klang.
Mereka yang ditahan dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Bukit Aman pada 29 dan 30 April itu terdiri daripada 15 lelaki tempatan, seorang lelaki rakyat asing dan seorang wanita bertaraf penduduk tetap. Kesemua mereka berusia antara 20 dan 56 tahun.
Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata trend penjualan cecair vape melalui beberapa laman sesawang e-dagang dikesan mula dijual dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Mereka ini menggunakan laman sesawang e-dagang untuk mempromosikan cecair dadah yang disyaki dijual dengan harga RM200 hingga RM300 sebotol, yang tertera label ‘cbd’, ‘thc’ serta ‘hemp’,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati, kegiatan penjualan cecair itu juga dilakukan secara bersemuka, pembayaran tunai semasa serahan (CoD) dan secara dalam talian.
Ramli berkata bekalan cecair yang dicampur dadah itu kebanyakannya diimport kerana ada negara yang tidak menghalang penggunaan dadah berkenaan.
Selain menahan individu yang menjual cecair itu, siasatan dan tindakan juga akan diambil terhadap platform jualan dalam talian berkenaan, tegasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai modus operandi pengedaran dadah menggunakan kurier dan e-panggilan, beliau berkata kaedah ini juga turut giat dilakukan di luar negara.
“Pihak Interpol juga telah mengeluarkan ‘notis ungu’ berhubung perkara ini yang semakin serius semasa dunia berdepan dengan pandemik COVID-19," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ramli berkata seramai 346 individu ditahan dalam serbuan parti liar di seluruh negara sepanjang pelaksanaan PKP.
"Seramai 132 individu yang dikehendaki berhubung kes dadah di negara ini juga ditahan dalam tempoh PKP terutamanya semasa sekatan jalan raya Op COVID-19," katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.