Tindakan undang-undang jika penganjur Bersih 4.0 enggan bayar RM65,000

Tindakan undang-undang jika penganjur Bersih 4.0 enggan bayar RM65,000
DBKL mempunyai hak menuntut pampasan di atas kerosakan
landskap dan kekotoran yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil tindakan undang-undang kepada penganjur Bersih 4.0 sekiranya enggan membayar bil pembersihan berjumlah RM65,000.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, DBKL mempunyai hak untuk menuntut pampasan yang dilakukan atas kerosakan landskap dan kotoran yang dilakukan oleh peserta Bersih 4.0.

“Kita akan mengambil tindakan undang-undang. Jika mereka mempunyai hak (berhimpun) kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan pampasan.

“Bersih telah menggunakan kawasan itu. Mereka telah membuat kerosakan kepada landskap, kotoran dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Wilayah Persekutuan 2013/2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Selasa.

Loga menambah, jika Bersih 2.0 sebuah organisasi dan rakyat yang baik, mereka seharusnya membayar kos pembersihan itu.

Terdahulu, Gabungan reformasi pilihan raya (Bersih 2.0) yang menganjurkan Bersih 4.0 bertegas tidak mahu membayar bil pembersihan RM65,000 kepada DBKL.

Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah dalam sidang medianya berkata, bil pembersihan yang dihantar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, itu tidak jelas kerana tidak memperincikan kerja-kerja pembersihan yang terlibat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers