Ia mendedahkan gambar yang tersebar di laman sosial kononnya kerajaan Arab Saudi menggunakan jentolak untuk mengangkut mangsa dalam insiden di Mina adalah gambar lama. |
Dakwaan kerajaan Arab Saudi menggunakan jentolak untuk mengangkat mayat jemaah haji yang terbunuh dalam insiden rempuhan di Mina bulan lalu adalah palsu.
Gambar yang dimuat naik itu adalah imej lama yang dirakam dalam insiden pada 2004.
Penafian itu dibuat portal Iran, Namnak.com.
Berdasarkan penelitian imej berkenaan, ia menunjukkan gambar yang tersebar di laman sosial itu bukan yang baru.
Ia dikukuhkan lagi imej persekitaran di mana kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan sedangkan dalam insiden yang berlaku, kawasan berkenaan telahpun siap.
Dalam kejadian musim haji yang lalu, lebin 720 maut dalam insiden rempuhan di Mina ketika jemaah berpusu-pusu untuk melontar Jamrah.
Kejadian dikatakan berpunca daripada jemaah Iran yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.