Penganjur Bersih 4.0 enggan bayar bil RM65,000

Penganjur Bersih 4.0 enggan bayar bil RM65,000
Abdul Rahman Dahlan diminta memperincikan tuntutan RM65,000
termasuk jenis kekotoran yang telah dilakukan peserta
Bersih 4.0 dan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.

Gabungan reformasi pilihan raya (Bersih 2.0) yang menganjurkan Bersih 4.0 bertegas tidak mahu membayar bil pembersihan RM65,000 kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bendahari Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah berkata, bil pembersihan yang dihantar Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, itu tidak jelas kerana tidak memperincikan kerja-kerja pembersihan yang terlibat.

Sehubungan itu, dia meminta Datuk Abdul Rahman Dahlan menyenaraikan lebih terperinci jumlah RM65,000 dengan kekotoran yang telah dilakukan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

“Sukarelawan kami membersihkan kawasan perhimpunan. Saya lihat banyak perbezaan kebersihan di tempat perhimpunan dan kami juga ingin tahu, RM65,000 untuk apa?

“Kami tidak akan membuat sebarang pembayaran kepada DBKL,” katanya dalam sidang media di Seksyen 4 di sini.

Majaliza berkata, pihaknya telah mengarahkan peguam untuk membalas surat bil tuntutan yang dibuat oleh Rahman Dahlan itu.

Rahman Dahlan sebelum ini berkata, tuntutan sebanyak RM65,000 itu tentunya tidak akan menjadi suatu bebanan buat Bersih 2.0 kerana telah menerima sumbangan derma berjumlah jutaan Ringgit.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers